Ad

Wednesday, 22 October 2014

‘Razif harus dedahkan lebih awal’



 
Oleh MOHD IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

NAMA Lee Chong Wei dikaitkan dengan isu sangkut ujian doping walaupun sehingga kini belum ada kepastian tentang identiti sebenar pemain yang terlibat.

“SAYA tidak tahu sama ada kenyataan Razif Sidek itu betul atau tidak, saya pun tidak pernah dengar mengenai perkara ini. Kalau sudah lama berlaku kenapa dia tidak mendedahkannya dari dulu lagi, sekarang semua orang mahu buat spekulasi.”

Demikian jelas bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj ketika mengulas kenyataan bekas pakar beregu negara, Razif yang mendakwa pemain elit negara yang didakwa positif sampel A ujian doping telah mengambil bahan terlarang tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo! kelmarin, Razif mendedahkan bahawa beliau sudah lama mengetahui mengenai ubat berbentuk suntikan yang berasal dari China itu tetapi hanya menunggu masa untuk dibongkarkan.

Selvaraj yang merupakan bekas pemain perseorangan negara pada akhir 1970-an itu juga enggan memberikan sebarang komen selagi tiada jawapan yang sah siapa atlet terlibat dengan skandal tersebut.

“Apa yang saya baca di akhbar tidak lebih sekadar spekulasi yang mengatakan ada individu terbabit tetapi tiada pengesahan lagi, saya tidak mahu pandai-pandai beri komen. Kalau salah siapa yang akan malu nanti,” ujar Selvaraj ringkas.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan telah menerima laporan bahawa seorang atlet kebangsaan positif ujian doping, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama atlet tersebut.

Jelas Khairy, menurut garis panduan Agensi Anti Doping Dunia (WADA), sekiranya terdapat atlet yang gagal ujian doping, mereka akan diberikan peluang untuk menjalani ujian kedua atau sampel B.

Keputusan sampel A telah dimaklumkan kepada badan persa tuan dan atlet yang terbabit pada 1 Oktober lalu. Atlet tersebut telah membuat rayuan untuk menjalani ujian kedua (sampel B) pada 16 Oktober iaitu sehari sebelum tarikh akhir permohonan boleh dilakukan.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi bekas pemain badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek berkata, beliau antara individu yang paling sedih sekiranya spekulasi yang mengatakan bintang badminton Lee Chong Wei, seorang ikon negara, gagal ujian doping itu terbukti benar.

“Sebagai bekas pemain, memang saya sedih sekiranya Chong Wei adalah atlet tersebut kerana ia merupakan perkara yang paling menyedihkan buat sukan badminton negara kerana status dia sebagai ikon negara selain sumbangan yang diberikannya kepada Malaysia.

“Bagi saya, setiap atlet itu sepatutnya tahu apa yang mereka ambil, saya dulu pun pernah melalui semua prosedur doping seperti ini sama ada ketika saya menang atau kalah dan ketika itu saya akan senaraikan semua jenis ubat yang saya ambil termasuk produk herba.

“WADA juga akan meminta sampel ubat-ubat supaya apa yang diuji nanti sama dengan apa yang ditemui ketika ujian air kencing, cuma mereka akan bertanya mengapa saya mengambil ubat-ubatan ini.

“Pernah dahulu pada era 1980-an iaitu ketika saya masih bergelar sebagai pemain terdapat seorang pemain terbaik wanita Indonesia, Minarti Timur digantung selama dua tahun kerana tidak menyatakan dalam borang doping bahawa dia telah mengambil ubat batuk,” jelas Jalani.

Ditanya mengenai kenyataan abangnya, Razif, Jalani membe ritahu, beliau tidak mahu me ngulas sama ada dakwaan itu benar atau tidak.

“Bagi saya, Razif mempunyai pendapatnya tersendiri. Saya tidak mahu mengulas perkara itu, mungkin dia tahu tetapi saya tidak tahu. Dalam kes ini saya hanya boleh bercakap mengenai proses doping.”
SUMBER-KOSMO ONLINE 23.10.14

No comments:

Post a Comment