SEORANG saintis menunjukkan
tapak penemuan artifak permainan purba di Wilayah Hebei, China baru-baru ini. -
AGENSI
WILAYAH HEBEI, China –
Sekumpulan saintis di sini percaya mereka telah menemui bukti kewujudan taman
permainan berusia dua juta tahun.
Ia berikutan penemuan lebih 700
artifak batu di kawasan dalam lingkungan enam meter persegi di Nihewan Basin di
sini.
Pakar yang bekerja di tapak
arkeologi Heitugou itu memberitahu, artifak yang ditemui itu diperbuat oleh
orang primat awal antara 1.77 hingga 1.95 juta tahun yang lalu.
Ketua projek tersebut, Wei Qi
menyifatkan penemuan itu sesuatu yang hebat dan luar biasa.
“Salah satu item artifak yang
ditemui berkemungkinan hadiah yang dibuat oleh seorang ibu buat anaknya. Anda
boleh merasai kasih sayang apabila melihatnya,” kata Qi yang merupakan seorang
ahli paleontropologi.
Tambah penyelidik, kekurangan
bukti tinggalan haiwan dan alat-alat batu besar menunjukkan kawasan berkenaan
lebih digunakan oleh kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Tapak berkenaan mula ditemui
pada tahun 2002 menggunakan peralatan khas geokronologikal. – Agensi
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3VyWkKsuG
Hakcipta terpelihara