Ad

Friday 20 March 2015

Kembali tersenarai

 -Oleh Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my
 
Kelana Jaya: Bekas pemain kelab Jepun FC Ryukyu Wan Zack Haikal Wan Noor (gambar) kembali menyertai skuad Harimau Malaya apabila jurulatih Dollah Salleh membuat keputusan memanggilnya untuk menggantikan pemain yang cedera bagi sesi latihan pusat semalam.
Pemain sayap berusia 24 tahun itu menjadi wakil tunggal dari Kelantan untuk bersama 19 lagi pemain bagi latihan persiapan menentang Oman dalam aksi persahabatan antarabangsa di Muscat 26 Mac ini.
Dia yang sebelum ini hanya diletakkan dalam senarai menunggu bersama seorang lagi pemain dari Pahang R Gopinathan dipanggil bagi mengisi tempat dua pemain Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang cedera iaitu S Chanturu dan Junior Eldstal.
“Junior mengalami kecederaan betis serius manakala Chanturu sakit di buku lali. Kedua-dua pemain ini datang melaporkan diri untuk pemeriksaan oleh fisioterapi semalam (kelmarin) sebelum dibenarkan pulang.
“Ketiadaan dua pemain ini menyebabkan saya memanggil Wan Zack Haikal dan Gopinathan sebagai pengganti,” kata Dollah yang ditemui pada sesi latihan pertama skuad kebangsaan selepas muncul naib juara Piala AFF 2014.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:18 AM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/38163#sthash.G7dNgr3t.dpuf

No comments:

Post a Comment