Ad

Thursday 19 March 2015

PENCAPAIAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SMKJ2 1973-1979


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
1.PRESTASI AKDEMIK SMKJ21973-1979
Dalam tempoh 13 tahun mentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, Tuan Haji Ibrahim juga terlibat pencapaian sekolah dalam dua jenis peperiksaan iaitu Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Menurut Muhammad Zain Mat beliau merupakan salah seorang calon Sijil Rendah Pelajaran tahun 1975 dan peratus kelulusan sekolah ketika itu ialah sebanyak 70.%.[1]

      Keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1976 meningkat 6.7%, iaitu dari 70% tahun 1975 kepada 76.7%. Malangnya keputusan peperiksaan Sijil Rendah pada tahun 1977 dan tahun 1978  semakin merosot. Peratus kelulusan pada tahun 1977 ialah sebanyak 65.0%  iaitu merosot sebanyak 11.7%. Zaman kemerosotan ini berterusan apabila kelulusan Sijil Rendah Pelajaran tahun 1978 menurun kepada 42.7%.  Ini bermakna peratus kelulusan telah menurun kepada 22.3%. Tetapi keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran  pada tahun 1979 meningkat sebanyak 4.7%. Kelulusan SRP pada tahun 1979 ialah 47.4%.

2.PRESTASI KOKURIKULUM 1973-1979
Sukan bola sepak mula diperkenalkan di SMK Jengka 2 sejak Tuan Haji Ibrahim bin Haji Muhamad menjadi Pengetua antara tahun 1973 hingga tahun 1979.[2] Menurut Encik Muhammad Zain lagi, pada tahun 1970-an, pasukan bolasepak  SMK Jengka 2 semakin kuat. Latihan yang lebih baik dan kesungguhan pemain dan jurulatih telah melahirkan sebuah pasukan bolasepak yang kuat di SMK Jengka 2. Ini terbukti apabila SMK Jengka 2 muncul juara bola sepak peringkat daerah Maran sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada tahun 1977, 1978 dan 1979.[3] Pada tahun 1979 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 menjadi naib Johan Bahas Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang. Piala yang dipertandingkan ketika itu ialah Piala Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.[4]




[1]Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.
[2]Majalah Jaya Edisi 24, 2002, hlm.10
[3]Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.
[4] Jaya 2003 Edisi Jubli Perak, 26.

No comments:

Post a Comment