Ad

Friday 20 March 2015

Guna pemain luar

-Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kelana Jaya: Pemain Harimau Muda bukan lagi pilihan utama untuk membarisi skuad bawah 23 tahun negara (B-23) ke Sukan SEA Singapura Jun ini apabila jurulatih Datuk Ong Kim Swee membayangkan kemungkinan menggunakan khidmat pemain dari luar.

Keputusan itu bukanlah mengejutkan selepas pengendali berusia 45 tahun itu membentuk pasukan 27 pemain bukan dari Harimau Muda A dan B bagi sesi latihan dan perlawanan persahabatan di Bangkok bermula kelmarin.

Malah ada beberapa lagi pemain luar dari pasukan dan kelab Liga Super serta Liga Perdana tidak dapat bersama kali ini seperti penyerang Johor Darul Ta'zim II Shafiq Shaharudin, Gary Steven Robbat (Johor Darul Ta’zim), Farhan Roslan (Kedah) dan Mohamad Nazmi Faiz Mansor (Selangor).

Kim Swee sedar kemungkinan ada yang mempersoalkan kualiti pemain Harimau Muda apabila beliau cenderung memilih pemain luar namun baginya apa yang mustahak mereka dipilih memberikan aksi terbaik untuk tugasan di Singapura nanti.

“Memang benar mungkin saya akan panggil lebih ramai pemain luar ke Sukan SEA. Anda boleh lihat kualiti pemain luar yang ada sekarang seperti Mohamad Nor Azam Abd Azih (Pahang), Nazmi dan beberapa lagi pemain.

“Saya tahu ada pihak mungkin mempertikaikan keputusan saya memilih pemain luar daripada Harimau Muda tapi saya hanya mahu pemain yang benar-benar layak berada dalam skuad. Pemain Harimau Muda termasuk kapten Nazirul Naim (Che Hashim) juga saya akan ketepikan jika tidak pamer prestasi terbaik,” katanya semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 6:15 AM
PEMAIN B-23 giat berlatih bagi menghadapi perlawanan persahabatan.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/38255#sthash.mFJAIqv5.dpuf

No comments:

Post a Comment