Kerapu RM10,000
Miri: Seekor ikan kerapu
bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di
perairan Tukau, di sini, kelmarin.
Ikan kerapu yang dijual lebih
RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut
menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz
luar biasa terbabit.
Pembeli bertuah yang juga
pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya
membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran
lain.“Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu
yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang
memakannya.
“Saya tidak kisah walaupun
terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,”
katanya ketika dihubungi, semalam.
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:42 AM
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/37760#sthash.5eWS21En.dpuf
No comments:
Post a Comment