YATIMIN ABDULLAH | 18
Mac 2015 12:17 AM
KOTA BHARU - Nasib pengendali
The Red Warriors, Goerge Boateng ‘bagaikan telur di hujung tanduk’ apabila
Persatuan Bolasepak kelantan (KAFA) dikhabarkan sedang mencari muka baharu
bagi menggantikan jurulatih dari Belanda itu ekoran prestasi hambar yang
dipamerkan sepanjang saingan Liga Super setakat ini.
Spekulasi itu bertambah kuat
apabila pengendali berusia 39 tahun itu direhatkan buat seketika daripada
mengendalikan pasukan walaupun Kelantan bakal berdepan dengan Kuala Lumpur
dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV dan tugas tersebut
kini dipangku oleh penolong jurulatih Mohd. Nafuzi Zain.
‘Direhatkan’ adalah istilah
yang biasa digunakan oleh pihak pengurusan persatuan bola sepak tempatan
apabila ‘menamatkan khidmat’ jurulatih lebih awal.
Sementara itu, nama bekas
jurulatih Kedah musim 2007 dan 2008, Azraai Khor Abdullah dikatakan berada dalam
radar KAFA untuk dibawa masuk menggantikan Boateng untuk baki saingan musim
ini.
Menurut sumber, KAFA telah
menghubungi Azraai untuk menyampaikan hajat mereka membawa jurulatih berprofil
tinggi itu ke negeri ini.
“Ketika ini Azraai sedang
mengikuti kursus kejurulatihan di Brazil dan dijangka kembali ke tanah air pada
20 Mac.
“Sebaik sahaja kembali ke tanah
air, Azraai akan ke Kota Bharu untuk melihat sesi latihan pasukan Kelantan,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Sumber itu bagaimanapun enggan
mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Katanya, Presiden KAFA Tan Sri
Annuar Musa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai hal itu dalam masa
terdekat, selain menjelaskan mengenai hala tuju pasukan Kelantan selepas ini.
Katanya, keputusan untuk
merehatkan Boateng dibuat selepas mengambil kira pencapaian jurulatih itu
sepanjang mengendalikan pasukan dalam enam perlawanan setakat ini termasuklah
dalam kempen Piala FA.
“Prestasi pasukan yang tidak
konsisten menyebabkan pihak pengurusan membuat keputusan untuk merehatkan
beliau sambil mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini,” tegasnya.
Selepas mengharungi lima
perlawanan liga, Kelantan kini berada di anak tangga ke tujuh hasil dua
kemenangan, satu seri dan dua kalah untuk mengumpul tujuh mata.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/boateng-direhatkan-azraai-ambil-alih-1.70663#sthash.QVIxVERj.dpuf
No comments:
Post a Comment