10 Mac 2015 12:53 AM
Mohd. Adiq Husainie Othman
meraikan kejayaannya memenangi jersi putih selaku pelumba terbaik Asia pada
majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peringkat kedua, LTdL di
Sungai Petani, Kedah semalam.
SUNGAI PETANI - Pelumba
Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Adiq Husainie Othman mempamerkan
taringnya dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 semalam dengan muncul selaku
pelumba terbaik Asia manakala manakala pendahulu keseluruhan kekal milik Andrea
Guardini selepas tamat peringkat kedua semalam.
Adiq Husainie merampas jersi
putih yang disarung oleh Ma Guantong dari pasukan China, Hengxiang Cycling Team
setelah dia muncul pelumba ketiga melepasi garisan penamat perlumbaan dari Alor
Setar ke Sungai Petani.
Guardini dari pasukan Astana
Pro Team muncul juara peringkat buat kali kedua berturut-turut, manakala
pelumba Orica Greenedge, Caleb Ewan menamatkan perlumbaan sejauh 185 kilometer
itu terus mengekori di tempat kedua.
Advertisement
Perancangan Adiq Husainie, 24,
dalam perlumbaan berprestij Asia edisi ke-20 itu nampaknya berhasil semalam
walaupun dia terjatuh kira-kira 400 meter dari garisan penamat untuk mengumpul
masa keseluruhan 6 jam 49 minit 35 saat.
“Saya memang nak sangat sarung
jersi putih, saya berusaha melakukan kayuhan terbaik bagi memastikannya menjadi
milik saya hari ini.
“Kejayaan ini membuatkan saya
lebih bersemangat untuk perlumbaan peringkat ketiga esok (hari ini) dan saya
akan cuba mempertahankannya sedaya upaya...kalau boleh sampai ke Terengganu,”
kata bekas pelumba terbaik Malaysia itu sejurus menamatkan saingan.
Ditanya apakah ramuan
sehinggakan penampilan TSG kali ini tampak garang, anak jati Terengganu itu
berkata, rahsianya adalah perubahan dari segi taktikal yang dapat dirasai setelah
menjalani latihan di Chiangmai, Thailand selama empat bulan sebagai persediaan
untuk LTdL.
“Pengurus dan jurulatih pasukan
memang memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi saingan kali ini. Segalanya
tersusun cantik.
“Hasilnya sangat berbeza berbanding
tahun lepas dan kita boleh lihat sendiri hasilnya pada hari ini dan semalam.
“Tambah lagi sebelum ini kita
menyertai Jelajah Filipina dan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat. Di
situ kami mula mempelajari sesuatu,” katanya.
Secara keseluruhan, katanya
LTdL kali ini seharusnya akan memberi kelebihan kepada pelumba tempatan untuk
menyerlah pada akhir perlumbaan kelak kerana ketiadaan laluan menuju ke Genting
Highlands, yang sebelum ini diletakkan sebagai peringkat kedua terakhir.
“Laluan ke Bukit Fraser tidak
susah seperti ke Genting Highlands dan ini baik untuk saya. Pasukan saya juga
berpeluang dengan laluan baharu ini.
“Malah, ini akan menjadikan
peluang kita untuk menang semakin cerah, dengan ketiadaan pelumba dari Iran dan
mencerahkan hasrat saya untuk mengekalkan jersi putih ini,” jelasnya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/adiq-husainie-8232-sambar-jersi-putih-1.67755#sthash.NoyEGMi6.dpuf
No comments:
Post a Comment