Piala AFC: JDT raih tiga mataOleh Mohamad Fahd
Rahmat -fahd@hmetro.com.my
Singapura: Meskipun tanpa
kelibat pemain import utama, pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) tidak
mempunyai masalah bagi meraih tiga mata penuh dalam pertembungan dengan
Balestier Khalsa FC di Stadium Jalan Besar di sini, hari ini.
Gol tunggal JDT hanya berjaya
diraih oleh wira Harimau Selatan, Mohd Asraruddin Putra Omar selepas menerima
hantaran daripada Hariss Harun sekaligus memecah kebuntuan permainan yang masuk
minit tambahan.
Tidak menurunkan gandingan
penyerang Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz, skuad bimbingan jurulatih
Bojan Hodak itu dilihat agak terganggu dengan keadaan padang sintetik yang
menyebabkan pemain sukar mengatur serangan pada babak awal permainan.
Namun rombakan dilakukan Bojan
yang meletak Safiq Rahim, Marcos Antonio, S Kunalan, Hariss dan penjaga gol
Farizal Marlias tidak menjejaskan rentak permainan.
Dalam aksi peringkat kumpulan F
itu, JDT memperoleh enam mata selepas mengharungi dua perlawanan dan bakal
bertemu dengan Kitchee FC (Hong Kong) yang menduduki tempat kedua kumpulan
setakat ini.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 10 Mac 2015 @ 10:00 PM
PEMAIN Johor DT meraikan gol
tunggal perlawanan. FOTO Mohd Azren Jamaludin
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/35998#sthash.O7ZfejoD.dpuf
No comments:
Post a Comment