15 Mac 2015 1:59 AM
SEKUMPULAN peminat tertarik
dengan kucing sempena Festival Pencinta
SEKUMPULAN peminat tertarik
dengan kucing sempena Festival Pencinta Haiwan Kesayangan Putrajaya anjuran
Kelab Kucing Malaysia di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya
di Putrajaya, semalam. – MINGGUAN/ZAKI AMIRUDDIN
PUTRAJAYA 14 Mac – Para peminat
kucing berpeluang menyaksikan pelbagai spesies haiwan peliharaan tersebut dalam
Festival Pencinta Haiwan Kesayangan Putrajaya yang dianjurkan Kelab Kucing
Malaysia di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) di
sini.
Festival yang berlangsung
selama dua hari bermula hari ini itu menampilkan 200 kucing daripada pelbagai
spesies dan baka termasuk Parsi, Norwegian Forest, Devon Rex, Cornish Rex,
Bengal, Siam, Siberian, Birman, Angora, Turkish dan pelbagai jenis kucing yang
ganjil dan unik.
Presiden Kelab Kucing Malaysia,
Khalid Rashid berkata, karnival yang dianjurkan dengan kerjasama PPj itu
dimuatkan dengan pelbagai acara sampingan seperti pertandingan bagi menarik
lebih banyak penyertaan daripada pencinta haiwan peliharaan terutamanya kucing.
“Objektif penganjuran karnival ini adalah
untuk mengumpul penggemar haiwan peliharaan di Malaysia. Pada festival ini
kucing menjadi haiwan utama kerana mempunyai peminat yang ramai di Malaysia,
selain itu turut dipamerkan ialah arnab, musang, ular dan tikus.
“Pameran dan pertandingan ini
terbuka kepada semua peminat haiwan peliharaan dan orang ramai boleh
menyaksikan pelbagai jenis haiwan peliharaan dengan kemasukan secara percuma,”
katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Menurut Khalid, pelbagai acara
sampingan juga diadakan bagi membolehkan pengunjung menyertainya termasuk
pertandingan bunyi macam kucing, hiasan sangkar kucing, pakaian kucing, kuiz,
gerai jualan dan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Selain itu, katanya, pameran
dan pertandingan pada festival berkenaan akan diadili oleh juri yang
didatangkan khas dari Jerman, selain juri tempatan dari Jabatan Veterinar,
Kementerian Kesihatan.
“Pemenang setiap kategori yang
dipertandingkan akan membawa pulang piala pusingan, sangkar kucing, aksesori
dan makanan kucing berserta sijil,” katanya
- Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/200-spesies-kucing-dipamerkan-di-putrajaya-1.69434#sthash.UjLjbUi7.dpuf
No comments:
Post a Comment