MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 13
Mac 2015 12:59 AM
KUALA LUMPUR - Dua pemain muda
Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Muhd. Akram Mahinan dan Che Nasir Che Halim
antara yang mendapat kejutan daripada jurulatih kebangsaan Dollah Salleh
apabila memanggil mereka untuk melengkapkan senarai 20 pemain Harimau Malaya
yang akan menentang Oman di Stadium Seeb 26 Mac ini.
Turut mencuri perhatian ialah
pemain tengah Felda United, Ahmad Syamim Yahya, yang mendapat panggilan pertama
selepas mempamer aksi memberangsangkan bersama The Fighters sejak awal musim
ini.
Dollah mempunyai alasan
tersendiri memilih tiga pemain berkenaan kerana menyifatkan mereka antara
bintang muda berpotensi besar dan aksi bertemu Oman di negara itu adalah medan
terbaik menguji perwatakan sebenar semua pemain itu di peringkat antarabangsa.
“Pada mulanya, Syamim dicadangkan oleh
penolong saya, Reduan Abdullah dan apabila saya meninjau aksi pemain ini dalam
saingan liga, saya mendapati dia ada kelebihan tersendiri, jadi saya mahu beri
dia peluang beraksi dengan skuad kebangsaan.
“Bagi Che Nasir yang beraksi di
bahagian bek kanan, saya nampak dia ada gaya tersendiri dan seolah-olah seorang
pemain berpengalaman walaupun baru berusia 21 tahun, malah dia juga disokong
kuat oleh bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh.
“Seorang lagi pemain, Akram, saya nampak sifat
rajinnya di atas padang sebagai satu kelebihan dan saya mahu sikap seperti itu
dalam kalangan pemain,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Tujuh pemain Johor Darul Ta’zim
(JDT) turut dipilih iaitu S. Chanturu, Junior Eldstal, Mohd. Fadhli Shas, Mohd.
Farizal Marlias, S. Kunanlan, Amri Yahyah dan Safiq Rahim, menjadikan pasukan
mereka mendominasi senarai pemilihan kali ini, namun tiada seorang pun dari
pasukan Kelantan.
Hanya 13 daripada 22 pemain
yang beraksi dalam Piala AFF 2014 dikekalkan, dan mereka akan bermain tanpa
Safee Sali, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, Azamuddin Akil, Azmi Muslim, Gary Steven
Robbat dan Shukor Adan yang bersara dari pentas antarabangsa.
Selain Farizal, seorang lagi
penjaga gol yang disenaraikan ialah Khairul Azhan Mohd. Khalid. Dollah hanya
membawa dua penjaga gol dalam perlawanan ini, sekali gus menyebabkan Khairul
Fahmi Che Mat tidak mendapat tempat.
Ditanya mengapa ada beberapa
pemain Bawah 22 tidak dipanggil, Dollah berkata, ia atas permintaan jurulatih
skuad berkenaan Razip Ismail yang mahu menggunakan khidmat mereka untuk
pusingan kelayakan Kejohanan AFC Bawah 23 walaupun dia pada awalnya ingin
membawa Nazirul Naim Che Hashim dan Shafiq Shaharuddin mahu dibawa ke Oman tetapi
pada 27 Mac, mereka akan berdepan Vietnam dalam aksi pertama kumpulan,”
katanya.
Kem latihan pusat bakal bermula
18 Mac, namun pemain dari JDT, Selangor dan Terengganu dibenarkan hadir ke
latihan sehari lewat, manakala satu-satunya pemain Pahang, Khairul Azhan pada
22 Mac.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/akram-dapat-panggilan-1.68692#sthash.ycGI16xF.dpuf
No comments:
Post a Comment