Ad

Saturday 28 March 2015

SEJARAH FELDA JENGKA 3 SIRI 2

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KEMUDAHAN PENDIDIKAN
1.SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Felda Jengka Tiga dibangunkan secara berperingkat-peringkat iaitu sebanyak empat peringkat. Pada tahun 1971 seramai 116 keluarga telah ditempatkan di peringkat pertama, 197 orang peneroka di peringkat kedua, 95 keluarga peneroka di peringkat ketiga dan 22 buah keluarga peneroka di peringkat keempat .[1] Oleh itu seramai 429 keluarga terdiri daripada peneroka berketurunan Melayu,amat memerlukan sebuah sekolah agama untuk menampung keperluan pendidikan agama anak-anak mereka.

      Menurut Imam Mohamamd bin Ghani, pengasas SekolahAgama Rakyat,untuk memenuhi keperluan ini Sekolah Agama Rakyat (KAFA)  Felda Dahlia Jengka 3 mula dibina pada tahun 1976 oleh penduduk kampung Felda  Jengka 3.[2] Pembinaan sekolah ini mengambil masa hampir setahun. Ia dibina di tapak tanah yang telah dianugerahkan oleh Pengerusi Felda Dahlia Jengka 3.Keluasan tapak sekolah agama ini ialah 2495 meter persegi. Lot tanah rizab Felda Jengka 3 ini ialah Lot bernombor 11216. Sekolah agama ini terletak berhampiran Masjid Jamek Jengka 3.[3]
    

      Sekolah Agama Al-Quran ini mula mengambil murid pada tahun 1990. Sekolah ini mula menjadi Sekolah Agama KAFA pada tahun 1993. Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran Sekolah Agama KAFA. Sesi pengajaran pula diadakan pada waktu petang.[4]
Beliau juga telah menubuhkan sebuah sekolah agama di Jengka 3 pada tahun 1983,tetapi pada ketika itu kurang peruntukan kewangan untuk membina sebuah kawasan dan bangunan baharu untuk pelajar.

Rasa simpati dan bertanggungjawab, penduduk berbincang dan memutuskan untuk menumpangkan pelajar di sekolah kebangsaan untuk sementara waktu. Suasana belajar pada ketika itu tidak selesa kerana kepadatan bilangan pelajar yang ramai untuk dimuatkan di dalam kawasan sekolah kebangsaan yang agak kecil. Semasa itu setiap peneroka diwajibkan membayar RM1 seorang. Buku teks dan sukatan pelajaran semuanya diambil dari Johor oleh pegawai penyelia iaitu Encik Mazlan. Pada ketika itu, untuk memperoleh sesebuah buku adalah sukar dan agak terhad disebabkan oleh kekurangan dari pelbagai aspek. Sementara itu, JKKK juga berperanan  untuk memberi didikan agama dan kesedaran kepada pelajar melalui ceramah. [5]




[1] Mohd. Nasran Abd. Halim, “Peranan Dan Fungsi Pertubuhan Peneroka Dalam Masyarakat Di Tanah  Rancangan FELDA: Kajian Kes Di FELDA  Jengka Tiga, Pahang Darul Makmur, (Tesis Ijazah  Sarjana  Muda Sastera, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1998), 14.
[2]Temu ramah imam Mohammad Bin Ghani pada  21 Januari 2015
[3] Profil Sekolah Agama Rakyat Jengka 03 Sesi 2014,3
[4] Profail Kampung Sri Dahlia Jengka 3, 30.
[5] Temu ramah Imam Mohammad Bin Ghani pada  21 Januari 2015

No comments:

Post a Comment