Empat hari minum air longkang Oleh AZHARUL NASARUDDIN
berita@kosmo.com.my
Keadaan Sharif yang berada
dalam keadaan lemah selepas lebih 72 jam tidak makan kerana terperangkap di
dalam longkang.
KUALA KANGSAR – Seorang lelaki
warga emas hanya memikirkan detik-detik kematian apabila terpaksa berlapar
selama empat hari selepas terjatuh dan terperangkap di dalam sebuah longkang
sedalam dua meter di Kampung Chuar Hilir, Kati di sini pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, tindakan nekad
mangsa, Sharif Mat, 87, meminum air mata air yang mengalir di tepi longkang
selama lebih 72 jam berada di dalam parit itu membolehkan dia terus hidup,
sebelum diselamatkan penduduk kampung petang kelmarin.
Menurut Sharif, dia terperangkap
di dalam longkang yang hanya sejauh 40 meter dari rumahnya itu selepas
motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan ketika dalam perjalanan pulang dari
kedai kira-kira pukul 7 malam Selasa lalu.
“Dalam perjalanan balik dari
kedai Selasa lalu, tayar motosikal tiba-tiba pancit menyebabkan saya terhumban
ke dalam longkang.
“Saya cuba untuk bangun, tetapi
gagal kerana lutut saya cedera. Saya juga ada cuba menjerit meminta tolong,
tetapi jeritan saya tidak didengari,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala
Kangsar semalam.
Ujarnya, sepanjang empat hari
di dalam longkang yang terletak kira-kira 10 meter dari bahu jalan itu, dia
hampir berputus asa untuk hidup kerana tidak menjamah sebarang makanan dan
hanya mengisi perut dengan air mata air yang mengalir di tepi longkang.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3UTcrEesW
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment