Ad

Wednesday, 18 March 2015

Wan Zack julang TRW

Oleh Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my
Kota Bharu: Ketiadaan ketua jurulatih George Boateng nyata tidak menjejaskan rentak permainan Kelantan apabila berjaya mengalahkan Kuala Lumpur dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.
Kemenangan tipis Kelantan melalui jaringan tunggal pemain gantian, Wan Zack Haikal, minit ke-64 membolehkan bekas juara Piala FA musim 2012 dan 2013 itu layak ke suku akhir bertemu Sime Darby FC yang mengalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 4-2.
Sebelum itu, pembantu jurulatih, Hashim Mustapha yang mengambil alih tugas Boateng gembira sekalipun anak buahnya terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan kelab Liga Perdana itu.
Empat peluang keemasan Kelantan dipersia-siakan dalam separuh masa pertama sebelum Kuala Lumpur turut mengatur beberapa serangan termasuk percubaan berbahaya pemain importnya, Iyanu Ogunbaye yang diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Sebaik separuh masa kedua bermula, Kelantan cuba bangkit dan kemasukan Wan Zack Haikal menggantikan Erwin Carillo yang terpaksa dikeluarkan akibat cedera menceriakan kem Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol pertama Kelantan.
Wan Zack berjaya memperdayakan penjaga gol Kuala Lumpur Mohd Muhaimi selepas mendapat bola yang dilorongkan Mohd Badhri Radzi.
Bagaikan mendapat suntikan semangat, Kelantan terus berusaha untuk menambah jaringan dan peluang itu terhidang m-74, namun, import Kelantan, Emmanuel Kenmogne gagal memanfaatkannya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:30 AM

- Sumbar: http://www.hmetro.com.my/node/37736#sthash.ofJapPth.dpuf

No comments:

Post a Comment