Ad

Friday 20 March 2015

SEJARAH PENGETUA-PENGETUA SMKJ2 SIRI 2

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
2.HAJI AHMAD TAJUDDIN BIN ABDUL HAMID 1980-1985

Tuan Haji Ahmad Tajuddin Abdul Hamid bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 selama lima tahun tiga bulan, lima belas hari. Beliau mula memegang jawatan sebagai Guru Besar SMK Jengka 2 pada 1 Januari 1980 bagi menggantikan Tuan haji Ibrahim. Semasa Haji Ahmad Tajuddin menjadi pengetua, jumlah pelajar tahun 1980 ialah seramai 1329 orang. Manakala pada tahun akhir perkhidmatan beliau iaitu tahun 1985  jumlah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 meningkat kepada 1501 orang.Pada bulan Mac 1985 beliau bertukar sebagai Pengetua di SMK Mengkarak Temerloh.[1] Beliau kemudiannya dilantik menjadi Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Khas, PKM.Antara kejayaan yang dicapai dalam bidang ko-kurikulum ialah pada tahun 1982 Sharifah binti Mat mewakili MSSP dalam sukan bola jaring ke peringkat MSSM.[2] Pasukan bolasepak pula muncul johan peringkat daerah Maran.



[1] Jaya 1989, 39.
[2] Jaya 2003 Edisi Jubli Perak, 26.

No comments:

Post a Comment