Ad

Sunday, 15 March 2015

Safee semakin baik

 MOHD FIRDAUS YON
14 Mac 2015
 Safee semakin baik
Safee semakin baik Safee mula temui sentuhan pemusnah dan dijangka membarisi kesebelasan utama Harimau Selatan malam ini.

PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali perlu menggunakan sebaik mungkin peluang untuk mencipta jaringan bagi meningkatkan tahap keyakinan diri di atas padang, lapor MOHD FIRDAUS YON.

Itu harapan Ketua Jurulatih JDT, Bojan Hodak terhadap pemain kebangsaan yang semakin kerap diturunkan untuk mengemudi barisan serangan skuad Harimau Selatan termasuklah menentang Sime Darby, malam ini.

Pengendali dari Croatia itu mengakui persembahan pemain berusia 31 tahun itu bertambah baik selepas sekian lama tidak diturunkan akibat kecederaan sebelum ini.

Menurutnya, jaringan yang dilakukan oleh Safee ketika menentang East Bengal FC cukup membuktikan penyerang kebangsaan itu sudah kembali ‘tajam’ di bahagian serangan.

“Safee semakin baik, dia tidak bermain untuk tempoh yang lama kerana kecederaan. Kini dia kembali diturunkan dan saya fikir dia makin bertambah baik dari semasa ke semasa.

“Lihat ketika perlawanan dengan East Bengal FC, dia menjaringkan gol. Jadi saya fikir dia mampu memberikan reaksi yang baik dalam satu dua situasi untuk beberapa perlawanan sebelum ini.

“Yang penting dia sudah kembali, dia kelihatan tajam, baik dalam posisi permainan, kelihatan kuat dan berbahaya di barisan serangan. Keyakinan diri akan hadir apabila dia menjaringkan gol,” katanya, di sini semalam.

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 14.3.2015

No comments:

Post a Comment