Oleh Aziman Rosdi-aziman@hmetro.com.my
Shah Alam: Skuad bawah 22 tahun
negara (B-22) bergelut untuk menewaskan Macau 2-0 di Stadium Shah Alam bagi
menghidupkan misi mustahil layak ke pusingan akhir AFC B-23 Qatar tahun depan.
Kekalahan 1-2 di tangan Vietnam
pada kempen kelayakan Kumpulan I Jumaat lalu meletakkan anak buah Razip dalam
kedudukan terdesak untuk meraih kemenangan sebelum aksi terakhir menentang
pasukan pilihan Jepun Selasa ini.
Pengendali negara melakukan
rombakan dengan hanya mengekalkan tiga pemain daripada skuad kesebelasan utama
sebelum ini termasuk kapten Nazirul Naim Che Hashim yang meledak gol tunggal
ketika menentang Vietnam.
Malaysia bermula baik dengan
membuka tirai jaringan pada minit ke-11 hasil sepakan penalti Syahrul Azwari
Ibrahim selepas dia dikasari Raposo De Matos dalam kotak penalti.
Macau kendalian Tam Iao San
yang dibelasah Jepun 0-7 pada perlawanan pertama lebih banyak bertahan pada
babak kedua namun gagal menghalang gawang daripada dibolosi selepas pemain
pertahanan tuan rumah Mohd Amirzafran Wan Nadris menanduk masuk bola sepakan
sudut Syahrul Azwari di minit ke-66.
Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 29 Mac 2015 @ 6:29 PM
FOTO Goh Thean Howe
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/40145#sthash.M78KcSOc.dpuf
No comments:
Post a Comment