Ad

Friday, 20 March 2015

Peluang Kalang bukti kemampuan

Kelana Jaya: Selepas terlepas peluang beraksi di Piala AFF 2014, pemain tengah Joseph Kalang Tie mahu memanfaatkan peluang diberikan jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh sekali lagi.

Pemain Sarawak berusia 28 tahun itu berada dalam perancangan pengendali negara bagi kempen Piala AFF namun tidak dapat bersama pasukan kerana melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan Rebekah Livan Balan, 25, pada November lalu.

Kali ini Kalang Tie tetap mendapat perhatian Dollah dalam senarai 20 pemain bagi persiapan menentang Oman untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di Muscat 26 Mac depan.

“Memang rugi kerana tak dapat bermain di Piala AFF kerana kalau saya berada dalam pasukan itu, ia akan menjadi kejohanan antarabangsa pertama saya.

“Harap saya dapat membalas kepercayaan jurulatih kerana masih memanggil saya menyertai skuad kebangsaan,” katanya kepada Arena Metro pada sesi latihan pusat kebangsaan semalam.

Kali terakhir Kalang menyarung jersi kebangsaan ketika meledak dua gol untuk membantu negara menewaskan Kemboja 4-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam September lalu.

Baginya bukan satu masalah untuknya mencari keserasian bersama pemain yang menjadi naib juara Piala AFF 2014.

“Apa saja masalah kita kena letak tepi, sebagai pemain saya kena cepat sesuaikan diri dan ambil peluang sebaik mungkin,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 6:06 AM
DISYORKAN

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/38246#sthash.UQqcK6cY.dpuf

No comments:

Post a Comment