SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
b)SultanMuhammad al-Fatih – Khalifah Uthmaniyyah
Latar belakang Sultan Muhammad al-Fatih
Kepimpinan dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin yang warak dan bertoleransi
Penaklukan kota Konstantinople melalui pelbagai strategi dan perancangan - membuka laluan penaklukan ke Eropah /Balkan
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah -
Serbia, Murah, Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina
b) Sosial
Pertambahan penduduk Istanbul
Mendirikan masjid-masjid
Instituisi pendidikan
Kebajikan rakyat
c) Agama
Kebebasan beragama
Gerakan jihad dakwah Islamiah ke benua Eropah.[1]
Latar belakang Sultan Muhammad al-Fatih
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad binMuhammad bin Bayazid.Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah bandar bersempadankan Turki-Bulgaria.Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople.Sultan Muhammad al-Fatih menaiki takhta seawal usia 19 tahun apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun (1451-1481).Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan.Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.[2]
Kepimpinan dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin yang warak dan bertoleransi
Sultan Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-Kurani. Kumpulan ulamak inibanyak mempengaruhi keperibadian dan pandangan bangindatentang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang warak dan bertoleransi. Ketika zaman kanak-kanak baginda mempelajari al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan. Baginda seorang pemuda yang warak. Malah jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.[3]
Penaklukan kota Konstantinople
Sejak kecil, Muhammad al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya untuk menawan kota Constantinople. Sepanjang dua tahun pertama selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan kota Costantinople secara terperinci pada setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota tersebut.Baginda juga turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
Baginda telah membuat persiapan untuk menawan kota Constantinople dengan menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih. Angkatan tenteranya disertai kira-kira 265 000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan 400 buah kapal laut. Baginda juga mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.
Membuka laluan penaklukan ke Eropah /Balkan
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang lapan kilometer dari kota Constantinople. Benteng ini dapat mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.Dalam usaha untuk menawan kota Constantinople, baginda membawa bersama batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan perarig bagi membakar, semangat jihad tenteranya terutama semasa mereka ,menghampiri dinding kubu kota tersebut.
Mengepung dan membuka Kota Konstantinople
Kota Konstantinolple telah dikepun dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453 bersamaan 12 Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya seramai 265 000 orang. Dengan dihujani peluru meriam selama 48 hari, namun hanya dapat merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.Antara taktik peperangan yang digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang lebih inggi daripada Kota Konstantinople. Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn.Taktik peperangan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Tentera Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 67 kapal ringan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.[4]
Kapal-kapal Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera Islam. Tentera Islam turut diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu kerana pengepungan selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam beramai-meramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople. Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan Konstantinople.Beliau telah membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW. Nama kota Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. Gereja besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi MasjidAya Sphia.[5]
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah –
Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan menyekat serangan kaumMagyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan Serbia.Namun, usaha mendapatkan wilayah tersebut tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan Muhammad al-Fatih berundur seketika.Walau bagaimanapun, ekoran perebutan takhta yang berlaku dalam kalangan kerabat diraja Belgrade, peluang tersebut telah digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade dan akhimya baginda berjaya.Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya mennghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat menjatuhkan baginda.Kesan kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.[6]
b) Sosial
Pertambahan penduduk Istanbul
Tindakan ini dilakukan kerana bilangan penduduk kota berkenaankian berkurangan akibat terkorban dalam peperangan.Baginda mengarahkan supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka kembali semula ke kota berkenaan.Baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.Orang Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke ibu kota yang baharu untuk menjalankan aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya yarrrg strategik.Namun, faktor utama yang mendorong kebanjiran golongan imigran ke kota ini ialah sifat baik dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering melayani rakyatnya tanpa diskriminasi.[7]
Mendirikan masjid-masjid
Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang Islam.Pada hari ini, gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Bangunan masjid diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara. Padazaman sultan berikutnya, bilangan menara meningkat kepada tiga buah.Baginda juga membina 1l buah masjid termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam Abu Ayyrb al-Ansarri. Di tepi masjid ini dibina sebuah kubah yang berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli tasawuf.[8]
Instituisi pendidikan
Institusi pendidikan khasnya madrasah dan perpustakaan telah dibuka dan ini menggambarkan baginda amat mementingkan aspek pendidikan.
Kebajikan rakyat
Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda mendirikan hospital, rumah kebajikan, rumah fakir-miskin dan menyediakan kemudahan telaga.Untuk tujuan keselamatan pula, baginda telah membina limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.
Agama
Kebebasan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah ke Istanbul. Sultan Muhammad al-Fatih juga telah membenarkan agama.Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalanMazhab Ortodoks mereka.Baginda juga telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi dalam kalangan mereka. Akhirnya, Anadius dipilih sebagai ketua. Anadius kemudian berkata bahawa beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi Latin (Katholik) kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Ortodoks.Sultan juga mengarahkan supaya gereja tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.[9]
[1]Ibid,35.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 86.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 153.
[4] Ibid,155.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 89.
[6]Ibid,88.
[7]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,83.
[8] Ibid,84.
[9]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 89.
No comments:
Post a Comment