Ad

Saturday 14 March 2015

Penafian PSI jawab tuduhan salah laku 1MDB

 15 Mac 2015 2:00 AM
PULAU PINANG 14 Mac – Penafian PetroSaudi International (PSI) bahawa 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) terlibat dalam salah laku urus niaga dengan syarikat itu diharap dapat menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berharap penjelasan syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak yang berpangkalan di Arab Saudi itu benar dan memberi gambaran tentang pelaburan yang dilakukan.
Katanya, dengan fakta yang didedahkan PSI, Ketua Audit Negara boleh mengambil tindakan susulan dengan melakukan siasatan terperinci.

 “Ini melibatkan soal kepentingan umum dan kita tidak mahu isu 1MDB terus menjadi bahan spekulasi. Kerajaan sudah tegaskan tiada apa-apa maklumat yang disembunyikan selaras dengan prinsip Jemaah Menteri. Jika ada yang bersalah, mesti diambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan berbasikal Jamboree Balik Pulau, di sini hari ini. Yang turut hadir Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayon Hussain Shah.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penafian-psi-jawab-tuduhan-salah-laku-1mdb-1.69460#sthash.CHbZ31Sp.dpuf

No comments:

Post a Comment