JUMAAT, 13 MAC 2015 @ 8:00 PM
KOTA BHARU: Ketua jurulatih
Kelantan, George Boateng melaungkan keyakinan pasukan mampu menumpaskan FELDA
United dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam
esok.
"Tiada tekanan kepada saya
dan juga pasukan. Setiap kali turun beraksi, kami mahu mencatat
kemenangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata berdepan FELDA
United yang kini pendahulu liga, adalah ujian besar kepada skuad The Reds
Warriors (TRW).
"Kami seri kedua-dua
perlawanan di tempat sendiri dan lawan berdepan mereka (FELDA United) tahun
lalu dan ia sangat besar maknanya untuk melihat bagaimana kami menghadapinya
(malam esok)," kata beliau.
Boateng berkata anak buahnya
perlu lebih bersedia untuk berdepan jentera serangan FELDA United yang diketuai
Zah Rahan Krangar dari Liberia dan pemain import dari Australia, Ndumba
Makeche.
"Barisan pertahanan kami
lebih mantap kali ini berbanding tahun lalu dan prestasi pemain tengah juga
baik, kami mampu menjaringkan gol menentang mereka (FELDA United),"
katanya.
Kelantan kini menduduki tangga
kelima dengan tujuh mata, satu mata di belakang FELDA yang berada di kedudukan
teratas liga, selepas empat perlawanan. - BERNAMA
KETUA jurulatih Kelantan,
George Boateng (dua dari kiri) memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan
menjelang pertemuan dengan Felda United, di Stadium Muhamad ke IV Sabtu ini. -
Foto Owee Ah Chun
SUMBER- JUMAAT, 13 MAC 2015
No comments:
Post a Comment