Ad

Monday 30 March 2015

Skuad Dollah Salleh kecewa lagi

FOTO: RID MORAD / WWW.ASIANA.MY
28 Mac 2015
Skuad Dollah Salleh kecewa lagi
Skuad Dollah Salleh kecewa lagi Hilang punca menyebabkan skuad Harimau Malaya mudah diperkotak-katikkan benteng lawan.

BAGAI dijangka, Harimau Malaya terpaksa menelan kepahitan dimalukan Oman dalam perlawanan persahabatan di Stadium Al-Seeb di Muscat, malam kelmarin.

Selepas tewas 0-3 pada lawan yang sama September 2010, jumlah jaringan tersebut berganda apabila enam gol terhasil sepanjang perlawanan.

Bukan sekadar tewas tetapi anak didik Dollah Salleh turut diperkotak-katikkan barisan pemain tuan rumah yang dibimbing bekas pengurus Olympique Lyon dan Cameron, Paul Le Guan.


AKSI GOYAH

Bolos seawal minit ke -15 melalui jaringan Yaqoob Abdul Karim, rentak permainan Harimau Malaya terus goyah hingga memberikan ruang kepada Abdulaziz Al-Mugali meledak gol kedua pada minit 42 sebelum Oman selesa di depan apabila dua gol terhasil dalam tempoh enam minit selepas separuh masa kedua bermula.

Yaqoob sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring pada minit 67 sebelum Mohsin Al-Khaldi memastikan kemenangan besar Oman ketika perlawanan berbaki dua minit masa sebenar.


ULANGI KEKALAHAN

Keputusan ini merupakan kekalahan terbesar Harimau Malaya kepada Oman di pentas antarabangsa dengan kali terakhir September 2010 lalu ketika di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 28 MAC 2015

No comments:

Post a Comment