KHAMIS, 26 MAC 2015 @ 4:25 PM
SHAH ALAM: Peluang beraksi di
depan penyokong sendiri harus dimanfaatkan sebaik mungkin ketika skuad B-22
negara turun menentang Vietnam dalam kelayakan Piala AFC B-23 di Stadium Shah
Alam, malam esok.
Pengendalinya, Razip Ismail
berkata perlawanan pertama ini cukup penting untuk mengukur kemampuan pasukan
dalam memberikan saingan pada kempen kali ini.
"Setiap perlawanan adalah
penting tetapi saya mahu kami memulakan kempen ini dengan keputusan diharapkan.
"Kami melakukan persiapan
dengan baik dan kini sudah bersedia untuk hadapi perlawanan ini," katanya
pada sidang media, semalam.
Juara kumpulan akan layak
automatik ke pusingan akhir Piala AFC B-23 di Qatar tahun depan.
ESOK
Kumpulan I
Jepun mln Macau
(Std Shah Alam, 4 ptg)
MALAYSIA mln Vietnam
(Std Shah Alam, 8.45 mlm)
RAZIP Ismail.
No comments:
Post a Comment