MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
10 Mac 2015
Syabas Dr Asri, Ustaz Kazim!
SHAH ALAM - "Saya telefon
(Mufti Perlis, Datuk) Dr Asri Zainul Abidin untuk menemukan beliau dengan Datuk
Kazim Elias dalam satu pentas, beliau dengan pantas terus bersetuju."
Demikian antara 'imbasan
kembali' bibit pertemuan semula Kazim dan Asri selepas dilaporkan berlaku
pergeseran sebelum ini sepertimana yang 'dicuit' oleh moderator program Pentas
Dakwah, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi siaran TV Al-Hijrah yang berlangsung
malam ini.
Jelas Asyraf, 'sapaan' itu
diibaratkan sebagai satu teladan yang sangat baik.
"Ini satu suri teladan
apabila pertelagahan boleh terus berdamai, inilah pengajaran yang baik,"
katanya.
Sementara itu, Asri ketika
ditanya mengenai perkara tersebut, berkata: "...sebagai seorang Muslim,
kita perlu melihat kepada penyelesian berdasarkan anjuran agama kita (Islam)
kerana panduan Islamlah yang dapat meleraikan segala kekusutan.
"Kita kembali kepada Islam,
lihat teladan
orang-orang soleh terdahulu
dalam menyeleraikan perbezaan pendapat.
"Apa yang penting
kepentingan agama mengatasi kepentingan diri," jelasnya.
Dalam pada itu, Kazim pula
berkata , perbezaan pendapat haruslah diurus dengan baik, bagi mengelak ia
bertukar menjadi 'tragedi'.
"Apabila kepelbagaian
tidak dihormati jadi pergaduhan, sampai tak boleh berbaik, ini kita tak nak.
"Prinsip saya kalau kamu
ada masalah terus rujuk ALLAH dan Rasul," jelasnya.
Terdahulu, kedua-dua tokoh tersebut dilaporkan bertemu dan berbincang
dalam suasana santai di Kangar, Perlis
setelah timbul perbezaan pendapat antara mereka sebelum ini.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 11.3.2015
No comments:
Post a Comment