KHAMIS, 12 MAC 2015 @ 6:16 PM
Oleh Wan Fakhrul Bakar -wanfakhrul@bh.com.my
DOLLAH Salleh. - Foto
Hasriyasyah Sabudin
KUALA LUMPUR: Hanya 13 daripada
22 pemain dari skuad Piala Suzuki AFF 2014, Disember lalu dikekalkan jurulatih
kebangsaan, Dollah Salleh dalam senarai 20 pelatih yang diumum, hari ini untuk
aksi persahabatan antarabangsa, Harimau Malaya bertemu Oman di tempat lawan, 26
Mac ini.
Mereka yang kekal - dua penjaga
gol, Farizal Marlias dan Khairul Azhan Khalid, S Kunanlan, Fadhli Shas, Muslim
Ahmad, Afif Amiruddin, Zubir Azmi, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin,
Baddrol Bakhtiar, Abdul Manaf Mamat dan Norshahrul Idlan Talaha.
Tujuh muka baharu pula terdiri
daripada dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), S Chanturu dan Junior Eldstal,
dua pemain skuad Liga Perdana JDT II, Akram Mahinan dan Che Rashid Che Halim
serta Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), Joseph Kalang Tie (Sarawak) dan Ahmad
Syamim Yahya (FELDA United).
Dengan pengumuman senarai nama
20 pelatih itu, ia menyaksikan pengguguran sembilan pemain dari skuad yang
muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2014.
Mereka yang gugur - penjaga gol
Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat; penyerang JDT, Safee Sali; kapten Kelantan,
Badhri Radzi serta pemain pertahanan kanan JDT, Mahali Jasuli; dan pemain
tengah Pahang, Hafiz Kamal.
Sementara Azmi Muslim
(Selangor) dan Azammuddin Akil (Pahang) mengalami kecederaan; Gary Steven
Robbat menjalani penggantungan tiga bulan manakala bekas kapten, Shukor Adan
sudah mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa, tahun ini.
Kem latihan pusat di Wisma FAM,
Kelana Jaya bakal bermula Rabu depan (18 Mac), namun pemain dari JDT, Selangor
dan Terengganu akan menyertai latihan sehari kemudian (19 Mac) manakala pemain
Pahang, Khairul Azhan pada 22 Mac.
Skuad kebangsaan akan berlepas
ke Muscat, Oman pada 23 Mac ini.
Senarai 20 pelatih skuad kebangsaan
Penjaga gol: Farizal Marlias
(JDT), Khairul Azhan Khalid (PAH)
Pertahanan: S Kunanlan, Fadhli
Shas dan Junior Eldstal (JDT), Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin (PDRM), Zubir
Azmi (TER), Che Rashid Che Halim (JDT II)
Tengah: Safiq Rahim, Amri
Yahyah dan S Chanturu (JDT), Indra Putra Mahayuddin dan Ahmad Syamim Yahya
(FELDA), Baddrol Bakhtiar (KED), Joseph Kalang Tie (SAR), Akram Mahinan (JDT
II)
Penyerang: Norshahrul Idlan
Talaha (ATM), Abdul Manaf Mamat (TER), Ahmad Hazwan Bakri (SEL)
Senarai menunggu (jika ada
pemain cedera): Khairul Fahmi Che Mat (KEL), Safee Sali (JDT), Wan Zack Haikal
Wan Nor (KEL), R Gopinathan (PAH), K Gurusamy (SEL)
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE
13.3.2015
No comments:
Post a Comment