Canberra : Sehelai tuala lembap
kecil pakai buang masih berbungkus dengan logo Malaysia Airlines (MAS) ditemui
terdampar di pantai Australia Barat Julai lalu mungkin beri petunjuk di mana
lokasi pesawat MH370, lapor media Australia, Nine News, 2 hari selepas ulang
tahun pertama memperingati kehilangan pesawat malang itu.
Paket tuala kecil yang belum
terbuka itu sudah dihantar ke Canberra untuk ujian lanjut.
Pasangan tempatan menemui tuala
itu ketika berjalan di sepanjang pantai berkenaan pada 2 Julai tahun lalu
berkata “ia tidak terbuka, dan keadaan itu luar kebiasaan”.
“Kami selalu cakap, ‘mari cari
barang daripada MH370’,” kata Kingsley Miller, yang menemui tuala itu dengan
pasangannya Vicki Miller.
Mereka menyerahkan paket tuala
itu kepada polis sebelum diserahkan kepada Pusat Agensi Penyelarasan Bersama di
Canberra, yang mengetuai misi mencari pesawat itu di Lautan Hindi.
Pusat itu berkata, tuala itu
tidak mungkin boleh dikaitkan dengan MH370 secara konklusif.
Tetapi pakar dilaporkan
berkata, ada kemungkinan tidak berlaku kerosakan kepada pakej kecil itu
walaupun ia menempuh perjalanan yang jauh.
Berita penemuan itu berlaku
selepas pasukan siasatan MH370 Malaysia mengeluarkan laporan interim berhubung
kehilangan pesawat itu pada 8 Mac, setahun selepas hilang bersama 239 penumpang
di dalamnya.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 10 Mac 2015 @ 1:23 PM
HARI memperingati pesawat MH370
setelah genap setahun kehilangan di The Square, Publika, dua hari lalu. FOTO
Halim Salleh
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/35955#sthash.SFkSgfwG.dpuf
No comments:
Post a Comment