Ad

Saturday 21 March 2015

SEJARAH PENGETUA SMKJ2 SIRI 3



3.HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI ABDULLAH 1985-1986

Tuan Haji Abdul Aziz Haji Abdullah mula melapor diri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 bagi menjawat jawatan sebagai Guru Besar pada 25 Mac 1985.Beliau menamatkah perkhidmatan di SMK Jengka 2 pada 30 Mac 1986. Tuan Haji Abdul Aziz mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan dalam tahun 1948. Pada tahun 1954 beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris iaitu sekolah Menengah Sultan Ibrahim sehingga tamat tingkatan 5. Kemudian beliau memasuki Maktab Perguruan selama tiga tahun. Setelah tamat pengajian Haji Abdul Aziz  mula mengajar di Sekolah MenengahSultan Ibrahim. Akhir tahun 1966 beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Tok Janggut, Pasir Puteh Kelantan.

      Pada tahun 1970 beliau melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Universiti Malaya.Antara tahun 1973 hingga 1977 Haji Abdul Aziz kembali mengajar sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah Tok Janggut. Pada awal tahun 1977 beliau menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Kota Bharu.Pada tahun 1980  belaiu ditukarkan ke Sekolah Menengah Jerantut 1. Pada bulan September 1983 beliauditukarkan ke Sekolah Menengah Ahmad, Pekan. Kemudiannya pada 16 Mac 1985 mula bertugas sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Jengka 2.[1] 


PENCAPAIAN KURIKULUM
Pada tahun 1986 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 mencatat sejarah apabila dinaikkan ke sekolah menengah Gred A setelah menyambut ulang tahun ke-13 penubuhannya.Pada tahun 1986 juga SMKJengka 2 mencatat sejarah kerana Kelas Rancangan Khas mula dibuka di sekolah ini.[2]




[1] Jaya 1985,19.
[2] Jaya2006 Edisi 28, 33.

No comments:

Post a Comment