13 Mac 2015
1MDB baru
KUALA LUMPUR - Syarikat
perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi, PetroSaudi
International (PSI) hari ini menolak kritikan dalam talian yang tidak tepat
mengenai syarikat pembangunan strategik Malaysia yang pernah menjalin usaha
sama dengannya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Sebarang kenyataan
mengenai salah laku dalam dakwaan dalam talian mengenai perkongsian adalah
palsu semata-mata. Semua modal yang dilaburkan oleh 1MDB telah dikembalikan -
dengan keuntungan," kata seorang jurucakap PetroSaudi yang tidak dinamakan
telah dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Malah, katanya, usaha sama itu,
yang berakhir pada 2012, mendapat manfaat bersama bagi Malaysia dan PetroSaudi,
dan maklumat berhubung usaha sama itu
boleh didapati secara umum di dalam akaun 1MDB yang diaudit di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia.
"Serangan tidak adil atau
palsu mengenai pelabur dan rakan kongsi dari Malaysia hanya untuk merosakkan
negara," kata kenyataan itu.
Ia berkata PetroSaudi komited
untuk menyampaikan projek yang berjaya dalam sektor petroleum di peringkat
global, bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ke tahap standard antarabangsa
tadbir urus korporat dan usaha yang wajar.
"Kami tidak akan terhalang
dengan cerita-cerita yang tidak tepat atau berniat jahat yang disebar dalam
talian.
"Beberapa laporan ini
dilihat berdasarkan petikan berpilih dan dokumen serta emel dalaman syarikat
yang diputarbelitkan, salinan asalnya yang kami percaya telah didapati secara
tidak sah dan dalam beberapa kes telah diubah.
"Kami kini mempertimbang
dari segi undang-undang," katanya.
PSI, syarikat perkhidmatan dan
penerokaan minyak global yang beroperasi di Latin Amerika, Asia dan Afrika,
beribu pejabat di Al-Khobar, Arab Saudi dengan pejabat-pejabat di London,
Geneva, Houston, Jakarta, Carupano dan Caracas. - Bernama
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE
13.3.2015
No comments:
Post a Comment