Kota Kinabalu: Sekumpulan
nelayan terkejut apabila menemui seekor ikan lumba-lumba berukuran lebih tiga
meter ditemui terperangkap di kawasan cetek di perairan Likas, di sini,
semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi,
ikan yang dianggarkan seberat hampir 300 kilogram itu dilihat dalam keadaan
lemah dan tersangkut pada batu serta pasir selepas air laut mula surut.
Pensyarah Institut Penyelidikan
Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah Dr John Madim berkata, nelayan
berkenaan kemudian memaklumkan kepada pihaknya mengenai penemuan ikan
lumba-lumba terbabit.
“Sebaik tiba di sana, kami
dapati ikan itu masih hidup, namun dalam keadaan lemah dipercayai sakit.
“Sehubungan itu, kami bercadang
untuk membawa ikan lumba-lumba berkenaan ke IPMB menggunakan kanvas yang diikat
pada bot.
“Bagaimanapun, kami terpaksa
meletakkan ikan itu di perairan ini di bawah jagaan lebih 30 pelajar IPMB buat
sementara waktu memandangkan tidak ada tangki ikan yang besar kosong buat masa
sekarang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, mereka perlu
mengapungkan ikan terbabit selepas ia hilang keseimbangan bagi memudahkan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) memberikan rawatan.
“Sejak November tahun lalu,
hampir setiap bulan IPMB berjaya menemui ikan lumba-lumba terdampar di sekitar
Likas dan kali terakhir pada Tahun Baru Cina lalu.
“Namun, semua ikan lumba-lumba
yang ditemui sebelum ini sudah mati,” katanya.
Sementara itu, Timbalan
Pengarah JHL negeri Dr Sen Nathan berkata, ikan berkenaan berada dalam keadaan
kurus dan lemah ketika ditemui nelayan terbabit, semalam.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 20 Mac 2015 @ 6:09 AM
IKAN lumba-lumba yang ditemui
nelayan diserahkan kepada Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/38249#sthash.0iGhLqnf.dpuf
No comments:
Post a Comment