: Skuad bawah 22 tahun
negara (B-22) memilih jalan sukar untuk merebut tiket layak automatik ke
pusingan akhir AFC B-23 selepas tumpas 1-2 di tangan Vietnam pada aksi pertama
kelayakan Kumpulan I di Stadium Shah Alam semalam.
Biarpun masih berbaki dua lagi
perlawanan, ia tampak sukar buat skuad kendalian Razip Ismail itu meraih enam
mata penuh untuk mengintai kedudukan selaku juara kumpulan memandangkan Jepun
bakal menjadi halangan terakhir mereka.
Buruan tiga mata penuh menjadi
misi utama skuad negara apabila membuka kempen kelayakan semalam selepas
menyedari pasukan pilihan Jepun mudah menewaskan Macau 7-0 dalam satu lagi aksi
kumpulan.
Segalanya tampak menjadi buat anak
buah Razip yang mendahului pada minit ke-33 hasil sepakan percuma menarik
kapten Nazirul Naim Che Hashim dari jarak 30 meter yang terkena palang sebelum
bola masuk ke gawang.
Pasukan pelawat yang hampa
selepas percubaan awal Pham Manh Hung terkena palang berjaya mengikat kedudukan
1-1 apabila Vo Huy Toan menyudahkan gerakan dengan rembatan deras menewaskan
penjaga gol Mohd Farhan Abu Bakar di minit ke-38.
Sekumpulan penyokong Vietnam
yang hadir terus bergembira selepas penyerang Nguyen Cong Phuong bijak melepasi
benteng pertahanan untuk menolak masuk gol kedua seminit sebelum babak pertama
tamat.
Bersambung babak kedua, skuad
negara cuba mengatur gerakan dalam usaha memburu gol namun ternyata sukar untuk
mereka menembusi benteng skuad kendalian Toshiya Miura itu.
Kemenangan itu bukan saja
penting buat Miura yang kini menyaksikan anak buahnya berada di tangga kedua
kumpulan di belakang Jepun malah menebus kehampaan tewas di separuh akhir Piala
AFF 2014 di tangan Harimau Malaya ketika memimpin skuad senior.
Bagi Razip, beliau yang
mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee kini terdesak untuk menang dua aksi
terakhir sekurang-kurangnya untuk muncul lima pasukan naib juara terbaik
kumpulan untuk layak.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:31 AM
PEMAIN B-23 negara Muhammad
Farhan Roslan diasak pemain Vietnam.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/39883#sthash.YRY5ZmxU.dpuf
No comments:
Post a Comment