Ad

Thursday 19 March 2015

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING ZAMAN PENGETUA HAJI IBRAHIM 1973-1979

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Menurut Muhammad Zain Mat, Nazir Kanan di Kuantan semasa Tuan Haji Ibrahim mejadi Guru Besar banyak peristiwa-peristiwa bersejarah telah berlaku. Antaranya ialah lawatan dari pegawai-pegawai dari Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan peristiwa sebuah kapal terbang terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Sebagai pelajar perintis tahun 1973 dan anak peneroka Felda Jengka 2 beliau menyatakan Sekolah Menengah Jengka 2 menjadi tumpuan pihak luar termasuk negara-negara luar. Ini kerana SMK Jengka 2 merupakan sekolah terawal dibuka di Wilayah Jengka. Beliau banyak menyaksikan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di SMK Jengka 2.

      Antaranya pada 10 Jun 1974 Encik Razak Atur , Pengarah Pelajaran Pahang melawat Sekolah Menengah Jengka 2. Ketika itu beliau masih  menuntut  di tingkatan 2. Encik Razak Atur datang ke Sekolah Menengah Jengka 2 untuk merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah sekolah. Beliau turut datang ke SMK Jengka 2 untuk merasmikan Temasya Sukan sekolah pada tahun tersebut.[1]Lawatan Pengarah Pelajaran Pahang ini memberi semangat kepada Tuan Haji Ibrahim untuk menguruskan sebuah sekolah baru di pedalaman Jengka yang belum ada kemudahan elektrik dan kemudahan asas yang lain.

      Menurut Muhammad Zain Mat lagi Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 bukan sahaja dikunjungi oleh Pengarah Pelajaran Pahang, malah turut dilawati oleh Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir,Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ketika itu. Peristiwa lawatan bersejarah ini belaku pada 26 Oktober 1975. Ketika itu beliau menuntut di Tingkatan 3 dan merupakan antara pelajar pertama yang mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran di SMK Jengka 2.[2] Menurut Tuan Haji Ibrahim, Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir yang yang berkunjung ke SMK Jengka 2 telah makan tengahari dan menginap di rumahnya.[3]

PENCAPAIAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SMKJ2 1973-1979
1.PRESTASI AKDEMIK1973-1979
Dalam tempoh 13 tahun mentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, Tuan Haji Ibrahim juga terlibat pencapaian sekolah dalam dua jenis peperiksaan iaitu Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Menurut Muhammad Zain Mat beliau merupakan salah seorang calon Sijil Rendah Pelajaran tahun 1975 dan peratus kelulusan sekolah ketika itu ialah sebanyak 70.%.[4]

      Keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1976 meningkat 6.7%, iaitu dari 70% tahun 1975 kepada 76.7%. Malangnya keputusan peperiksaan Sijil Rendah pada tahun 1977 dan tahun 1978  semakin merosot. Peratus kelulusan pada tahun 1977 ialah sebanyak 65.0%  iaitu merosot sebanyak 11.7%. Zaman kemerosotan ini berterusan apabila kelulusan Sijil Rendah Pelajaran tahun 1978 menurun kepada 42.7%.  Ini bermakna peratus kelulusan telah menurun kepada 22.3%. Tetapi keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran  pada tahun 1979 meningkat sebanyak 4.7%. Kelulusan SRP pada tahun 1979 ialah 47.4%.



[1]Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014
[2] Ibid.
[3]Wawancara, Jaya 87, 33.
[4]Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.

No comments:

Post a Comment