. Oleh: Mohd Zulkifli
Zainuddin am@hmetro.com.my
Pasir Mas: “Walaupun kediaman
saya tidak ubah seperti reban ayam, namun ia sudah mencukupi ,” kata Sadiah
Awang Kecik, 62, yang tinggal di kawasan tapak pelupusan sisa pepejal di
Kampung Cherang Hangus di sini, sejak 20 tahun lalu.
Lebih menyedihkan, bukan saja
persekitaran yang berbau busuk dan berdebu, malah anjing liar turut berkeliaran
di kawasan berkenaan sekali gus mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak.
Menurut Sadiah, selepas
ditinggalkan suami sejak 30 tahun lalu tanpa dikurniakan anak, dia seorang diri
membina tempat tinggalnya itu secara sederhana dengan mengutip kayu daripada
timbunan sampah-sarap.
Katanya, walaupun keadaan
kawasan itu kelihatan teruk, namun dia sudah lali dan menganggapnya itu saja
tempat tinggal yang ada untuk berteduh.
“Cukuplah sekadar tempat untuk
melelapkan mata walaupun tanpa bekalan elektrik kerana setiap pagi saya perlu
mencari plastik untuk mendapatkan sesuap nasi.
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:29 AM
SADIAH yang tinggal di kawasan
serba kekurangan sejak 20 tahun.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/38200#sthash.W75T4qKF.dpuf
No comments:
Post a Comment