Ad

Thursday, 5 May 2016

ALIRAN MENENGAH MELAYU DIPERKENALKAN 5.5.1958

Pada  hari  ini dalam  tahun 1958,  Pengajian  peringkat  menengah  dalam  aliran  Melayu telah  diperkenalkan  di seluruh  negara.  Pengenalan  Sistem  Pelajaran  Melayu  di peringkat  Sekolah  Menengah  ini  adalah  sebagai  asas  dan  permulaan  kepada  perlaksanaan  sepenuhnya  Sekolah  Menengah  yang  menggunakan  Bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar.   Pada  peringkat  permulaan,  Sebanyak  15  buah  kelas  baru  telah  dibuka  di  seluruh  negara bagi  membolehkan  pelajar – pelajar  lepasan  darjah  6  Sekolah  Melayu  melanjutkan pelajaran  ke  peringkat  menengah.   Sebelum  pengenalan  aliran  Menengah  Melayu  ini,  pelajar – pelajar  dari  Sekolah  Rendah Melayu  perlu  melanjutkan  pelajaran  peringkat  menengah  ke  Sekolah  Menengah  Inggeris  dan  menduduki  kelas  peralihan  selama setahun  untuk  mempelajari  Bahasa  Inggeris.  Lanjutan  daripada  ini,  ia  telah  menjadi  pemangkin  kepada   kewujudan   dan   perkembangan  Sekolah  Menengah  Melayu  yang  kini  menjadi  tunggak  kepada  sistem  pelajaran  kebangsaan di  negara  ini.  Sesungguhnya,  ianya  juga   merupakan  antara  langkah  yang  telah  diambil  oleh  kerajaan  selepas  negara  mencapai  kemerdekaan  untuk  memartabatkan  dan  mendaulatkan   Bahasa  Melayu  sebagai  Bahasa  Kebangsaan.

http://www2.arkib.gov.my/hids

No comments:

Post a Comment