Oleh IKHWAN
IDERIS
ABDUL RASHID
melihat secara dekat besi bangkai kapal British yang dipercayai karam secara
misteri lebih 100 tahun dahulu di Kampung Tanjung, Paloh Hinai, Pekan semalam.
PEKAN –
Fenomena El Nino yang mengakibatkan paras air Sungai Pahang menjadi cetek tidak
semena-mena membawa kepada kemunculan semula sebuah kapal dipercayai milik
British yang karam secara misteri berdekatan Kampung Tanjung, Paloh Hinai di
sini kira-kira 100 tahun lalu.
Bangkai
kapal sepanjang lebih 30 meter itu mula kelihatan kira-kira sebulan lalu.
Sebahagian daripada komponennya seperti tali sauh, kipas serta kebuk pembakaran
enjin berkuasa wap masih mengekalkan bentuk asal.
Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul
Rahman berkata, akibat air sungai Pahang surut, sebahagian daripada komponen
kapal tersebut seperti tiang layar dan serombong kapal dapat dilihat, namun
kali ini sebahagian besar bangkai kapal itu kelihatan.
Jelasnya,
penduduk setempat memang mengetahui kewujudan bangkai kapal tersebut
memandangkan kisahnya agak popular dalam kalangan masyarakat setempat.
Cerita Abdul
Rashid, kapal dagang itu karam kononnya selepas ia ‘mengganggu’ makhluk halus yang
mendiami Sungai Pahang selain sikap sombong kapten kapal.
“Sebelum
ini, tiada penduduk yang berani menghampiri bangkai kapal itu kerana mereka
telah sekian lama dimomokkan dengan cerita orang-orang dahulu. Bagaimanapun,
selepas hampir keseluruhan bangkai kapal timbul seperti sekarang, barulah ada
yang berani mengambil inisiatif untuk melihat keadaan dan mengambil gambar.
“Kini
terpulang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan selanjutnya sama ada
mahu memelihara nilai sejarah dan menaikkan semula kapal ini,” katanya ketika
ditemui di sini semalam.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz47nTpJKhy
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment