Pada hari ini 2.5.1971
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) telah ditubuhkan mengikut Akta 46
Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.
Upacara pengumuman penubuhannya dilakukan oleh Perdana Menteri Tun Abdul
Razak bin Hussein. Lembaga ini
diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Ismail.
Antara tugas utama UDA ialah:
Menjalankan pembangunan di
kawasan-kawasan bandar dengan tujuan memperbaiki kemudahan-kemudahan sosial di
samping memajukan perpaduan negara.
Dalam usaha menyusun semula masyarakat
UDA juga turut memainkan peranan dengan melaksanakan projek-projek penempatan
semula dan projek-projek perumahan.
Selain dari itu UDA juga bertanggungjawab mempercepatkan pencapaian
matlamat 30 peratus penyertaan bumiputera di bidang-bidang perusahaan dan
perdagangan, di mana UDA ada menyediakan kemudahan perniagaan dalam berbagai
cara.
Untuk melicinkan perlaksanaan
dasar menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar, UDA mengatur
rancangannya kepada 5 bahagian penting iaitu:
Kemudahan bangunan-bangunan
yang sudah sedia ada.
Rancangan rumah-rumah kedai.
Rancangan Penyertaan Bumiputera
di bidang perniagaan.
Rancangan pembangunan yang
menyeluruh di kawasan bandar.
Pembelian tanah.
Dalam usaha mencapai matlamat
serampang dua mata Rancangan Malaysia Kedua, UDA mengamalkan 2 pendekatan atau
approach:-
Pembangunan semula bandar
secara menyeluruh.
Pembangunan bandar-bandar baru.
Sungguhpun di peringkat
permulaan UDA menumpukan perhatiannya kepada kawasan-kawasan di sekitar Kuala
Lumpur, tetapi kini kegiatan UDA telah meluas ke setiap negeri. Ini termasuk projek mendirikan bangunannya
sendiri di kawasan yang sesuai di atas tanah kerajaan atau tanah awam, membeli
bangunan perniagaan yang sesuai dalam kawasan perniagaan atau menyewa bangunan
perniagaan daripada pemilik-pemilik persendirian dan peniaga-peniaga yang
berkemampuan khususnya peniaga bumiputera boleh membeli bangunan UDA samada
dengan bayaran tunai atau pun ansuran.
Malah peniaga-peniaga juga boleh menukarkan bayaran sewa untuk dijadikan
bayaran permulaan. Dengan tertubuhnya UDA, Kerajaan berharap akan dapat
membentuk satu masyarakat moden yang lebih progresif dalam bidang ekonomi.
Sumber-http://www2.arkib.gov.my/hids
No comments:
Post a Comment