Ad

Wednesday, 4 May 2016

PERLANTIKAN ANAK MELAYU PERTAMA SEBAGAI SOLICITOR GENERAL PERSEKUTUAN

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1959,  Encik (Tun)  Mohamad  Suffian  bin  Hashim, anak  Melayu  pertama  telah  dilantik  sebagai  ‘Solicitor  General  Persekutuan’.  Perlantikan  Mohamad  Suffian  ke  jawatan  ini  merupakan  satu  pengiktirafan  pemerintahan  Inggeris  kepada  kebolehan  anak  tempatan.  Encik  (Tun)  Mohamad  Suffian  merupakan  penuntut  Queen  Scholar  Melayu  pertama  yang  menuntut  di  Cambridge,  United  Kingdom  sehingga  memperolehi  Ijazah  kepujiaan  pada  tahun  1939  dan   L.L.B  pada  tahun  1940  dan  diterima  menjadi  peguam  pada  tahun  1941.  Selepas  negara  mencapai  kemerdekaan,  masih  terdapat  beberapa  jawatan  yang  masih  dipegang  oleh  Inggeris  dan  jawatan-jawatan  ini  kemudiannya  diberikan  secara  beransur-ansur  kepada  anak-anak  tempatan  yang  berkelayakan  supaya  sistem  pentadbiran  dapat  dijalankan  sepenuhnya  oleh  anak-anak  tempatan.  Perlantikan  Encik (Tun)  Mohamad  Suffian  ke  jawatan  ini  juga  adalah  bertepatan,  kerana  beliau  merupakan  Hakim  yang  disegani  di  dalam  dan  luar  negara.  Pada  tahun  1961,  (Tun)  Mohamad  Suffian  telah  dilantik  sebagai  Hakim  Mahkamah  Tinggi  Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 1968,  diikuti  sebagai  Ketua  Hakim  Malaya  pada  1973  dan menjawat  sebagai  Ketua  Hakim  Negara  bagi   tahun  1974-1982.

http://www2.arkib.gov.my/hids/

No comments:

Post a Comment