Kuala Lumpur: Kegagalan misi ke
final Piala FA cukup mengecewakan buat pemain Perak namun bagi pemain
pertahanan Nazirul Naim Che Hashim, ia bukan penamat perjuangan mereka musim
ini.
Kekecewaan tumpas kepada PKNS
1-2 pada separuh akhir kedua di Ipoh kelmarin mahu segera dilupakan buat
tonggak Bos Gaurus itu kerana fokus ketika ini adalah untuk mengejar slot
beraksi dalam Piala Malaysia sebaik pusingan pertama Liga Super berakhir
pertengahan bulan ini.
“Memang kecewa kerana hajat
mahu membawa pasukan beraksi di final tapi apa pun kami sudah buat sehabis
baik, berikan komitmen lebih 100 peratus.
“Mungkin rezeki kami setakat
ini saja tapi ia tidak akan mematahkan semangat pasukan ini kerana kami perlu
fokus kepada saingan liga. Kami perlu pastikan tempat ke Piala Malaysia,”
katanya kepada Arena Metro semalam.
Selepas seri 2-2 pada separuh
akhir pertama dengan PKNS, Perak gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di depan
lebih 35,000 penyokong kelmarin apabila membenarkan pasukan pelawat meledak dua
gol menerusi Mathias Hadwa dan Juan Manuel Corbelli.
Tandukan Nazirul Naim yang
kemudian disambar oleh Firdaus Saiyadi untuk gol pertama tidak cukup untuk Bos
Gaurus meneruskan pemburuan gelaran sejak kali terakhir pada 2005.“Kami
kehilangan beberapa tonggak utama dalam perlawanan semalam (kelmarin) dan kami
gagal menyaingi fizikal pemain import PKNS yang menjaringkan dua gol menerusi
gerakan yang sama.
“Kami perlu belajar daripada
kekalahan ini untuk bersama-sama bangkit meneruskan baki saingan musim ini,”
katanya.
SUMBER- http://www.hmetro.com.my/Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 2 Mei 2016 @ 10:41 AM
PEMAIN Perak, Muhammad
Nurridzuan (dua kanan) menanduk bola ke gawang PKNS.
No comments:
Post a Comment