Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my
HAMPIR 500,000 kenderaan melalui
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Pulau Pinang pada hari pertama ia
dibuka.
BATU MAUNG - Sebanyak 487,416
buah kenderaan telah melalui jambatan kedua Pulau Pinang yang kini dikenali
sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari pertama ia dibuka
kelmarin.
Jumlah itu mengalahkan bilangan
kenderaan yang menggunakan jambatan pertama iaitu Jambatan Pulau Pinang pada
hari yang sama selepas hanya merekodkan sebanyak 132,000 buah kenderaan.
Penolong Pengurus Perhubungan
Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Azizi Azizan memberitahu,
antara faktor penyumbang kepada angka yang begitu tinggi itu ialah kerana orang
ramai begitu teruja untuk melalui jambatan tersebut pada hari pertama ia
dibuka.
"Kita mencatatkan purata
sebanyak 20,309 buah kenderaan yang telah melalui jambatan tersebut pada setiap
jam pada hari pertama ia dibuka.
"Pengguna begitu teruja
untuk menjadi orang terawal melalui jambatan bersejarah itu sehingga
menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas," katanya ketika dihubungi
Kosmo! semalam.
Jambatan Sultan Abdul Halim
Mu'adzam Shah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada
1 Mac lalu yang mencatatkan rekod sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara.
Mengulas lanjut tentang
kesesakan teruk yang berlaku di atas jambatan tersebut, Azizi menjelaskan,
situasi itu berlaku akibat pengguna yang memberhentikan kenderaan di tengah
jambatan.
SUMBER: KOSMO ONLINE 4.3.14
No comments:
Post a Comment