Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
Koo Kien Keat (tiga dari kiri)
bersalaman dengan Mohammad Norza Zakaria selepas memaklumkan merestui
keputusannya untuk keluar dari BAM selepas mesyuarat di Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA - Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) akur dengan permintaan jaguh beregu negara, Koo Kien
Keat untuk me-ninggalkan badan induk tersebut dan melepaskan pemain itu tanpa
sebarang syarat.
Timbalan Presiden BAM, Datuk
Mohamad Norza Zakaria berkata, keputusan untuk melepaskan Kien Keat telah
dibuat dalam mesyuarat khas yang dipengerusikannya semalam.
Katanya, BAM menghormati
permintaan pemain itu biarpun pihaknya mengakui pengunduran tersebut satu
kehilangan besar buat persatuan.
Kata Mohammad Norza, pihaknya
tidak meletakkan sebarang syarat ke atas permintaan Kien Keat untuk berundur
kerana mengambil kira sumbangan yang telah diberikan pemain itu sepanjang
bersama BAM.
Tambah Mohammad Norza, pihaknya
juga belum membuat keputusan siapa yang bakal digandingkan bersama Tan Boon
Heong selepas pengunduran Kien Keat.
"Siapa bakal pengganti
kini terpulang kepada jurulatih yang akan menilai pasangan sesuai dan saya
harap tidak mengambil masa yang lama.
"Kami tidak mahu masa yang
lama untuk mendapatkan pasangan baharu Boon Heong akan membuatkan dia bosan
hingga menjejaskan prestasinya dan saya berpendapat jurulatih pasti sedar
dengan perkara ini," katanya selepas mesyuarat khas itu.
Pada minggu lalu Kien Keat
telah menggemparkan sukan badminton negara apabila mengambil keputusan untuk
keluar daripada BAM dengan menghantar surat berhubung niatnya itu kepada badan
induk tersebut.
Gandingan Kien Keat dan Boon
Heong pernah memegang status beregu No.1 dunia selepas menjuarai beberapa
kejohanan utama dunia ketika zaman kegemilangan mereka. Dia dan Boon Heong kini
menduduki ranking ketujuh dunia.
Biarpun mempamerkan kemerosotan
prestasi dalam dua tahun terakhir ini tetapi sumbangannya dari 2006 hingga 2010
cukup besar, malah dalam era badminton moden Kien Keat sebenarnya adalah pemain
Malaysia kedua paling cemerlang di belakang jaguh No.1 dunia Datuk Lee Chong
Wei.
Sementara itu, Mohammad Norza
turut memberitahu pintu BAM sentiasa terbuka buat Kien Keat andai suatu hari
nanti pemain itu mengambil keputusan untuk kembali men-yertai badan induk
tersebut.
"Kami amat menghargai
sumbangannya dan jika dia ingin kembali terutama bagi membantu me-ningkatkan
kualiti pemain yang ada sudah tentu kami terima dengan hati terbuka.
"Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih atas khidmatnya sepanjang bersama BAM dan saya turut
difahamkan dia (Kien Keat) bakal bergelar bapa tidak lama lagi," kata
Mohammad Norza.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140301/su_01/BAM-lepaskan-Kien-Keat#ixzz2ukyVPmM4
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment