KUALA LUMPUR - Terengganu
Cycling Team (TSG) terus dirundung malang, selepas Mohd Harrif Salleh terlibat
dalam kemalangan di peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014, semalam
giliran Anuar Manan pula menerima nasib buruk apabila basikal miliknya patah
dalam perlumbaan peringkat ketiga dari Kampar ke Dataran Merdeka.
Anuar yang sekadar menduduki
tempat ke-116 daripada 120 pelumba yang memulakan perlumbaan sejauh 166.5
kilometer (km), terpaksa berkayuh menggunakan basikal yang patah sejauh 5 km
sebelum menggunakan basikal simpanan sehingga ke garisan penamat.
"Hari ini (semalam) saya
tidak konsisten tercicir jauh di belakang sebab basikal mengalami masalah, 15
km menuju garisan penamat basikal saya patah, semasa menggantikannya pada 10 km
terakhir saya tidak dapat mengejar pelumba yang berada di depan," katanya
kepada pemberita selepas tamat perlumbaan, semalam.
Jelas Anuar, moralnya sudah
meningkat naik, semalam apabila melihat rakan sepasukan, Harrif boleh
meneruskan perlumbaan, namun masalah terbaru yang menimpanya sedikit
mengecewakan dalam usaha mencari ruang untuk menaiki podium.
Sementara itu, Harrif yang
mengalami kecederaan hampir seluruh bahagian kiri badannya berkata, dia sudah
bersedia untuk melakukan pecutan di garisan penamat selepas melihat Anuar
mengalami masalah, namun kecederaan yang dialami sedikit menjejaskan kayuhan.
"Saya sudah bersedia dan
abang saya (Mohd. Zamri Salleh) juga memainkan peranan menarik saya ke depan,
tetapi saya tidak ada kekuatan di bahagian tangan dan kaki. Memang saya berasa
sakit dan pedih sepanjang perlumbaan kerana cuaca yang panas.
"Doktor juga terkejut saya
dapat turun berkayuh semula hari ini (semalam), tetapi saya mahu habiskan
perlumbaan LTdL untuk mencari kedudukan yang baik, nanti di Terengganu masih
ada peluang lagi buat saya untuk menang perlumbaan," katanya yang
menduduki tempat ke-13 semalam, manakala Zamri ke-68.
Seorang lagi pelumba TSG,
Mohamad Adiq Husainie Othman yang diletakkan harapan untuk menjadi pelumba
terbaik pasukannya di peringkat keempat, hari ini dari Subang ke Genting
Highlands berkata, dia sudah bersedia memberikan aksi terbaik.
"Saya tidak meletakkan
sasaran lima, 10 atau 20 terbaik, tetapi saya mahu mencatat masa peribadi
terbaik kerana setakat ini kayuhan pendakian saya lebih bagus dan harap dapat
jadi antara pelumba terbaik Malaysia di peringkat yang melibatkan pendakian
Genting Highlands," katanya yang menduduki tempat ke-67
SUMBER-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140302/su_03/Basikal-Anuar-patah-Harrif-masih-sakit#ixzz2ukxFIoGq
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment