Ad

Monday, 10 March 2014

Najib puji Chong Wei juarai All England 2014

KUALA LUMPUR 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan badminton All England 2014 di Birmingham, England awal pagi tadi.

Chong Wei, pemain No. 1 dunia membenam musuh tradisi dari China, Chen 21-13, 21-18 dalam perlawanan akhir.

"Chong Wei telah membuat Malaysia bangga sekali lagi. Beliau begitu tabah dan kuat azamnya.

"Satu tindakan yang mempunyai kelas untuk diingati buat jangka masa yang panjang," kata Najib dalam akaun Twitternya hari ini.

Dalam tweet berasingan, Najib berkata: “Chong Wei baru sahaja menelefon saya dan isteri saya. Kami memberitahunya betapa bangganya kami atas kemenangannya."
 Chong Wei pernah meraih kejuaraan itu pada 2010 dan 2011. - BERNAMA

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140310/su_11/Najib-puji-Chong-Wei-juarai-All-England-2014#ixzz2vY6M3SvM © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment