Lee Chong Wei bersama trofi All
England selepas menumpaskan Chen Long dalam perlawanan akhir di Birmingham,
semalam. - AFP
UTUSAN: Tahniah atas kejayaan
merangkul kejuaraan All England buat kali ketiga. Apakah signifikan kemenangan
kali ini berbanding dua gelaran terdahulu?
LEE CHONG WEI: Kemenangan kali
ketiga ini memang amat bermakna. Ia sangat menggembirakan kerana dua minggu
sebelum berlepas ke England, saya mengalami kecederaan (buku lali) dan tidak
begitu pasti ketika itu apakah saya boleh bermain atau tidak.
Bagaimana anda dapat meneruskan
permainan dalam keadaan yang tidak cergas sepenuhnya?
LEE CHONG WEI: Sebenarnya
sebelum kejohanan bermula saya rasa begitu takut kerana bimbang kecederaan akan
menghalang saya daripada memberi persembahan terbaik dan tidak dapat meneruskan
pertandingan, tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu. Saya ada
terfikir, mungkin ini juga adalah All England terakhir..jadi saya berusaha
keras untuk memastikan saya pulang bersama kejuaraan.
Selepas kemenangan ke atas Chen
Long, anda memberitahu media antarabangsa bahawa ini adalah All England
terakhir, apakah anda tidak akan kembali tahun depan?
LEE CHONG WEI: Tidak..tidak.
Saya belum membuat keputusan dan ini belum tentu kejohanan terakhir saya, saya
cuma kata mungkin. Saya belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan
saya.
Semuanya bergantung kepada
keadaan fizikal saya sepanjang tahun ini. Apa pun keputusan, saya akan buat
pada hujung tahun atau awal tahun depan.
Bagaimana pula dengan Sukan
Olimpik 2016 di Rio, Brazil. Adakah anda akan meneruskan usaha memburu pingat
emas pertama pada temasya tersebut?
LEE CHONG WEI: Setakat ini saya
masih belum membuat apa-apa keputusan berhubung aksi di Rio 2016. Semuanya
bergantung kepada prestasi dan keadaan fizikal saya. Kalau saya bagus dan bebas
daripada sebarang kecederaan, sudah tentu saya akan beraksi. Jumpa saya di
Sukan Olimpik Brazil!.
Pada final All England anda
mengatasi Chen Long dengan hebat biarpun tidak berada dalam keadaan terbaik,
bagaimana anda mampu melakukannya?
LEE CHONG WEI: Saya pernah
kalah banyak kali kepada Cheng Long dan sebab itu saya berusaha keras untuk
memastikan saya dapat pulang bersama kejuaraan kali ini kerana saya tidak pasti
apakah saya akan kembali lagi ke sini tahun depan.
SUMBER
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140311/su_07/?Olimpik-2016-masih-di-fikiran-saya?#ixzz2ve8LltMI
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment