Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
Kelana
Jaya: Walaupun menggalas tugas penting, pengendali Bawah 23 Tahun (B-23) negara
Datuk Ong Kim Swee (baju merah) bersikap profesional apabila memberikan
keutamaan kepada jurulatih Bawah 22 Tahun (B-22) Razip Ismail untuk memilih
barisan pemain terbaik bagi menggalas cabaran kelayakan Kumpulan I Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2016 hujung bulan ini.
Kim
Swee yang turut berada dalam rangka persiapan menghadapi tugas getir meraih pingat
emas Sukan SEA Singapura pada Jun, jelas tidak mahu ‘bergaduh’ walaupun pada
masa sama turut mempunyai kem latihan pusat di Bangkok, Thailand dari 15 hingga
31 Mac ini dengan saingan kelayakan Piala AFC membabitkan B-22 berlangsung di
Stadium Shah Alam pada 27 hingga 31 Mac.
“Pemain
yang saya pilih untuk aksi persahabatan di Bangkok banyak bergantung kepada
Razip kerana keutamaan sudah semestinya B-22. Terpulang kepada Razip sama ada
mahu memanggil pemain yang menjalani latihan ketika ini atau sebaliknya.
“Saya
akan panggil mereka yang tidak terpilih untuk digabungkan bersama pemain
berusia 23 tahun,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM semalam.
Kim
Swee memanggil 17 pelatih untuk kem latihan fasa pertama bermula Ahad lalu
dengan semua pemain yang dipanggil masih layak menyertai skuad B-22 kendalian
Razip.
“Bagi
saya 17 pemain yang dipanggil penting untuk diberikan pendedahan di pentas
antarabangsa. Tiga aksi persahabatan termasuk kemungkinan menentang B-22 Korea
Utara bakal melonjakkan potensi sebenar mereka,” jelasnya.
Mengulas
sesi latihan singkat berakhir semalam, Kim Swee berkata, semua pemain
mempamerkan komitmen tinggi dan ada beberapa pemain mampu bersaing dengan
pemain sedia ada.
“Saya
tidak berhasrat mengumumkan pemain terpilih terlebih dulu. Ia akan dimaklumkan
pada kem latihan fasa kedua 15 Mac, bergantung kepada senarai pemain dipilih
Razip.”
Skuad
Sukan SEA diletakkan sasaran merampas kembali pingat emas walaupun dijangka
berdepan laluan sukar terutamanya daripada Thailand yang meraih pencapaian
cemerlang sejak kebelakangan ini apabila melangkah ke separuh akhir Sukan Asia,
memenangi emas Sukan SEA 2013 dan juara Piala AFF 2014.
Artikel
ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 9:48 AM
-
SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/34588#sthash.cl2HX2FZ.dpuf
No comments:
Post a Comment