KHAMIS, 5 MAC 2015 @ 2:56 PM
Pengurus Manchester United,
Louis Van Gaal. - Foto Reuters
NEWCASTLE: Louis Van Gaal akur
betapa dia bimbang Manchester United mungkin hilang cengkaman ke atas pencabar
lain dalam buruan empat teratas sebelum diselamatkan dengan jaringan lewat
permainan oleh Ashley Young ketika menewaskan Newcastle United 1-0, pagi tadi.
Gol pada minit ke-89 itu
mengesahkan semua mata milik United di St James Park dan memberi nafas lega
kepada pengurus pasukan the Red Devils itu.
United hanya tewas dua kali
daripada 22 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.
Van Gaal yang gembira dengan
keputusan akur dia menempuh detik mencemaskan dalam permainan, tambahan kelibat
hebat penjaga gol kedua-dua pasukan.
"Adalah penting untuk menang
hari ini ketika semua pencabar kami yang lain juga menang dan berada dalam
perlumbaan ini," katanya.
"David De Gea
menyelamatkan dua kali pasukan begitu juga Tim Krul. Tapi kami menunggu lama
untuk mendapatkan gol kemenangan. Ia menunjukkan semangat melawan tinggi pada
pasukan ini."
Perlawanan itu turut tercemar
dengan insiden meludah membabitkan Jonny Evans dan Papiss Cisse.
"Saya tak dapat bayangkan
Jonny Evans melakukan sesuatu seperti itu kerana dia pemain yang tertib,"
kata Gaal.
Pengurus Newcastle, John Carver
yang melenting berkata: "Anda tidak boleh lakukannya, bolehkan anda? Ia
satu yang terburuk dalam bola sepak." - AFP
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 5.3.2015
No comments:
Post a Comment