ARKIB : 23/09/2010
NAMA sebenar beliau ialah
Abdullah bin Masud bin Ghafil. Beliau merupakan seorang sahabat Nabi Muhammad
yang terawal memeluk agama Islam dan merupakan penulis wahyu yang memahami
lebih mendalam mengenai al-Quran. Bacaan al-Quran yang dilagukannya juga sedap
didengar.
Nabi Muhammad berkata: Abdullah
bin Masud pandai membaca al-Quran dengan baik. Bagi sesiapa yang mahu membaca
al-Quran, bacalah sepertimana yang dibaca oleh Abdullah bin Masud.
Abdullah juga merupakan sahabat
Nabi Muhammad yang terkenal sebagai pentafsir al-Quran. Beliau juga mengetahui
sebab-sebab sesuatu surah itu diturunkan dan tidak ketinggalan turut serta
dalam semua siri peperangan bersama Nabi Muhammad demi menegakkan agama Islam.
Beliau juga merupakan seorang
penyair yang baik. Suaranya sedap di dengar ketika bersyair selain menguasai
bidang fekah dan hadis.
Abdullah adalah sahabat yang
setia kepada ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. Kesetiaannya dapat
dilihat semasa mengikuti semua siri peperangan bersama Nabi Muhammad.
Setiap kali tentera Islam
berperang dengan tentera musuh, Abdullah di lantik oleh Nabi Muhammad menjadi
pembantunya. Beliau sedia membantu Nabi Muhammad demi keselesaan baginda semasa
peperangan. Antara khidmat yang diberikan oleh beliau kepada Nabi Muhammad
ialah membawa kasut Nabi Muhammad apabila diminta.
Apabila Nabi Muhammad mahu
berehat atau tidur, beliau bersedia memberikan bantal kepada Nabi Muhammad.
Begitu juga apabila Nabi Muhammad mahu bersiap bagi bersembahyang,
Abdullahbersedia menyediakan air bagi Nabi Muhammad berwuduk.
Kerelaan Abdullah memberi khidmat
kepada Nabi Muhammad menyebabkan beliau digelar sebagai pengurus kasut,
pengurus bantal dan pengurus wuduk.
Nabi Muhammad ada berkata: Abdullah
bin Masud adalah ketua yang saya lantik sendiri tanpa mendapat persetujuan
daripada sesiapa.
Begitulah Nabi Muhammad memandang
tinggi Abdullah. Malah menurut Nabi Muhammad apa yang dilaporkan oleh Abdullah
mengenai Nabi Muhammad adalah benar.
Nabi Muhammad ada berkata: Apa
yang disampaikan oleh Abdullah bin Masud mengenai diri saya, semuanya adalah
benar-benar belaka. Kamu semua harus mempercayainya.
Pernah suatu hari Abdullah dan
ibunya pergi ke rumah Nabi Muhammad. Abdullah dan ibunya sering ke rumah Nabi
Muhammad.
Apa khabar Abdullah dan makcik,
sihatkah?" tanya Nabi Muhammad yang pada ketika itu mahu menjamah makanan.
Saya sihat. Cuma ibu saya baru
sahaja baik dari demam, balas Abdullah.
Syukur kepada Allah kerana
mengurniakan kami kesihatan yang baik, kata Abdullah bin Masud lagi.
Orang yang sentiasa bersyukur
atas kesihatannya, ditambahkan lagi nikmat kesihatan, kata Nabi Muhammad pula.
Semasa mereka rancak
berbual-bual, tiba-tiba datang serombongan orang ke rumah Nabi Muhammad.
Rombongan itu datang dari negeri Yaman. Mereka mahu berjumpa dengan Nabi
Muhammad. Pada masa itu Abdullah dan ibunya ada di rumah Nabi Muhammad.
Assalamualaikum. Kami datang
dari Yaman. Kami mahu berjumpa dengan Nabi Muhammad, kata salah seorang
daripada ahli rombongan itu.
Waalaikumsalam. Silakan masuk,
jawab Abdullah dan ibunya.
Pada ketika itu Nabi Muhammad
berada di dapur rumahnya. Rombongan dari Yaman itu menyangka Abdullah dan
ibunya adalah ahli keluarga Nabi Muhammad.
Adakah kamu berdua ini ahli
keluarga Nabi Muhammad?" Tanya ahli rombongan itu.
Tidak sempat Abdullah menjawab,
Nabi Muhammad muncul di ruang tamu rumahnya itu.
Kemudian Nabi Muhammad berkata: Masuklah.
Tadi, saya dengar ada rombongan dari Yaman mahu berjumpa saya.
Kedatangan rombongan itu disambut
baik oleh Nabi Muhammad. Abdullah juga turut membantu Nabi Muhammad melayani
tetamu yang datang itu.
Kesetiaan dan keakraban Abdullah
dengan Nabi Muhammad secara tidak langsung terjalin hubungan yang rapat dan
ikatan yang erat.
Menurut cerita, hanya Abdullah
sahaja yang dibenarkan melawat Nabi Muhammad pada bila-bila masa.
Selepas Nabi Muhammad meninggal
dunia, Abdullah dilantik menjaga Baitulmal di Kufah.
Semasa pemerintahan Khalifah
Usman, Abdullah kembali semula ke Madinah.
Akhirnya, beliau meninggal dunia
pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masihi.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz5cOqvezOT
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment