Mohamad Firdaus Abdullah
27 Januari 2019 3:00 AM
WAN ZACK (kanan) berharap kecederaan yang dialaminya tidak melibatkan ACL sebaliknya hanya masalah biasa.
PEMAIN tengah Selangor, Wan Zack Haikal Wan Noor berharap kecederaan yang dialaminya tidak melibatkan ligamen krusiat anterior (ACL) dan akan menerima keputusan ujian imbasan dalam tempoh terdekat.
Pemain kelahiran Pahang itu mengalami kecederaan ketika menyertai aksi pramusim menentang Home United Selasa lalu.
Jelasnya, ujian diagnosis pertama seakan memberinya sedikit harapan dan berharap laporan awal bahawa dia mungkin terpaksa berehat panjang itu tidak menjadi kenyataan,
“Saya dah buat diagnosis yang kedua dan masih lagi menunggu keputusannya, namun saya akan cuba kembali pulih sepenuhnya untuk beraksi musim ini juga.
“Belum pasti lagi saya mengalami kecederaan ACL atau sebaliknya. Keadaan sekarang saya hanya rasa tidak selesa pada kaki kiri tetapi tidak merasai sebarang kesakitan.
“Kalau bukan ACL mungkin ia hanya terseliuh sahaja.
“Apabila doktor katakan saya masih mempunyai harapan, semangat saya kembali berkobar-kobar untuk beraksi bersama Selangor,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jersi Selangor di Petaling Jaya semalam.
Pada masa sama, Wan Zack tidak menolak kemungkinan pasukan akan menghantarnya menjalani rawatan di luar negara berdasarkan kesungguhan pihak pengurusan.
“Saya tidak pasti bagaimana tetapi mereka bersungguh-sungguh dan saya mungkin akan ke sana (luar negara),” katanya.
KOSMO ONLINE 27 Januari 2019 3:00 AM
No comments:
Post a Comment