ARKIB : 19/10/2010
HUZAIFAH bin Yaman adalah sahabat
Nabi Muhammad yang mempunyai kelebihan ilmu tasawuf. Beliau memberinya ilmu
yang dapat mengetahui diri orang munafik dan sifat orang itu.
Huzaifah adalah perintis jalan
membuat teori-teori ilmu tasauf. Ketinggian ilmu Huzaifah menyebabkan orang
ramai yang berasa musykil datang bertanya kepadanya.
Pada suatu hari datang seorang
lelaki bertanya kepada Huzaifah, "Kami dengar, kata-kata yang tuan
keluarkan itu belum pernah diucapkan oleh sahabat Nabi Muhammad. Dari manakah
tuan mempelajari ilmu itu?"
Huzaifah menjawab soalan itu,
"Nabi Muhammad mengajar saya ilmu itu".
Huzaifah juga suka mencari ilmu.
Tidak kira apa sahaja ilmu yang mahu dipelajarinya pasti didapati dengan cara
yang baik. Boleh dikatakan, Huzaifah seorang yang cepat belajar dan pandai
pula.
"Ramai orang yang berjumpa
dengan Nabi Muhammad bertanya sesuatu perkara yang baik-baik sahaja. Tetapi
saya suka bertanya mengenai perkara yang jahat-jahat. Selepas saya mengetahui
perkara yang jahat itu, dapatlah saya menghindari daripada melakukan kejahatan
itu," terang Huzaifah kepada orang itu dengan ikhlas.
"Mengapa kamu bertanya
perkara yang jahat sahaja? Perkara yang baik bagaimana?" tanya orang itu
lagi.
"Perkara yang baik-baik
tidak menjadi masalah. kepada saya kerana saya suka melakukannya. Orang jahat
tidak melakukan kebaikan sekiranya dia terus berada di dalam kejahatan,"
jawab Huzaifah lagi.
Orang yang bertanya itu kagum
dengan jawapan Huzaifah dan kesungguhannya mempelajari ilmu daripada Nabi
Muhammad.
Huzaifah menyambung lagi kata-katanya,
"Ramai orang bertanya kepada Nabi Muhammad mengenai pahala yang mereka
dapat apabila mengerjakan sesuatu perkara. Mereka terus bertanya mengenai
kebaikan dan pahala daripada amalan-amalan yang mereka kerjakan.
"Tetapi saya suka bertanya
mengenai perkara yang dapat mengurangkan pahala amalan itu dan apakah perbuatan
yang dapat merosakkan amalan itu".
Orang yang mendengar penjelasan
Huzaifah itu semakin kagum dan mendengar dengan teliti setiap kata-kata yang
dikeluarkan oleh Huzaifah.
Huzaifah menyambung lagi
kata-katanya, "Ramai orang bertanya kepada Nabi Muhammad mengenai pahala
yang mereka dapat apabila mengerjakan sesuatu perkara.
"Mereka terus bertanya
mengenai kebaikan dan pahala daripada amalan-amalan yang mereka kerjakan.
Tetapi saya suka bertanya mengenai perkara yang dapat mengurangkan pahala
amalan itu dan apakah perbuatan yang dapat merosakkan amalan itu".
Orang yang mendengar penjelasan
Huzaifah itu semakin kagum dan mendengar dengan dengan teliti setiap kata-kata
yang dikeluarkan oleh Huzaifah.
Pernah dilaporkan oleh seorang
ulama terkenal mengenai Huzaifah bin Yaman. Beliau mempunyai ilmu-ilmu khusus
mengenai sifat-sifat munafik.
Pernah suatu hari, Huzaifah
berjumpa Nabi Muhammad dan bertanya, "Wahai Nabi Muhammad, adakah maksiat
bakal menular lagi di kalangan manusia sedangkan kamu sudah menjelaskan
mengenai keburukan maksiat itu kepada mereka?"
Lalu, Nabi Muhammad menjawab
mengenai pertanyaan Huzaifah itu dan berkata, "Maksiat sering
berlegar-legar di kalangan manusia. Ia sentiasa berlaku".
Huzaifah tidak berpuas hati
dengan ilmu yang sedikit itu lalu beliau bertanya lagi kepada Nabi Muhammad,
"Selepas manusia melakukan maksiat, adakah kebaikan selepas itu?"
"Wahai Huzaifah, pergilah
kamu mengambil wuduk dan bacalah al-Quran. Di dalam al-Quran terdapat
jawapannya. Ikutilah ajaran yang terkandung di dalam al-Quran," kata Nabi
Muhammad kepada Huzaifah.
Huzaifah masih tidak berpuas hati
dan beliau mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara yang
diperkatakan itu.
"Wahai Nabi, beritahulah
kepada saya. Adakah manusia melakukan kebaikan selepas mereka melakukan
kemaksiatan?" tanya Huzaifah lagi.
"Wahai Huzaifah, kebaikan
tetap ada dengan syarat orang yang melakukan maksiat itu bertaubat dan sedar
kesilapan yang dilakukan," jawab Nabi Muhammad.
"Saya mahu bertanya lagi.
Adakah selepas manusia membuat kebaikan dan mahu bertaubat, muncul lagi maksiat
dalam dirinya?" tanya Huzaifah.
Dengan pantas, Nabi Muhammad
menjawab pertanyaan Huzaifah.
"Ya, Huzaifah. Manusia cepat
terpengaruh dengan manusia lain. Apabila ada manusia yang mempengaruhi manusia
lain melakukan maksiat, maka maksiat berlaku lagi dan mereka hidup dalam
kesesatan," jawab Nabi Muhammad.
Huzaifah juga mempunyai rahsia
dan mengetahui ilmu-ilmu halus. Beliau dapat membaca fikiran dan tahap
keyakinan yang tersembunyi dalam diri sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang lain.
Contohnya, beliau dapat membaca fikiran Umar al-Khattab semasa Umar enggan
menyembahyangkan jenazah seseorang apabila Huzaifah tidak ada bersama dalam
majlis itu.
Kelebihan ilmu yang dimiliki oleh
Huzaifah bin Yaman adalah anugerah yang diberikan oleh Allah kepadanya. Sifatnya
yang suka menimba ilmu menjadikan Huzaifah terkenal dengan ilmu-ilmu batin yang
tidak dimiliki oleh orang lain.
Oleh yang demikian, kita sebagai
hamba Allah seharusnya mempelajari sesuatu ilmu itu dengan bersungguh-sungguh.
Ilmu yang dipelajari itu digunakan dengan sebaik-baiknya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5cwm0hl5K
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment