MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pahang meraih kemenangan
pertama dalam dua aksi pramusim apabila membenam kelab Thailand, Chonburi FC
2-1, pada perlawanan kedua di Stadium Chonburi, Bangkok, semalam.
Kemenangan skuad kendalian Dollah
Salleh itu diraih selepas tewas 1-3 kepada kelab Divisyen 1 Kemboja, Visakha
FC, pada aksi pertama kempen pramusim, Selasa lalu.
Kejayaan itu bukan saja
melonjakkan semangat pemain yang mula mempamerkan peningkatan, tetapi cukup
penting buat pemain muda Tok Gajah, Zuhair Aizat Nazri yang diberi peluang
beraksi dan berjaya meledak satu gol.
"Saya berterima kasih kepada
jurulatih kerana memberi kepercayaan dalam dua perlawanan berdepan Chonburi dan
Visakha.
"Biarpun diberi peluang
beraksi pada babak kedua selama 20 minit, ia pengalaman berharga untuk
memastikan saya bersedia, bukan sahaja daripada segi persembahan permainan,
malah kekuatan mental,” katanya.
Baginya, aksi menentang pasukan
utama Liga 1 Thailand itu memang sukar, namun selepas berjaya menjaringkan gol,
tahap keyakinannya semakin meningkat.
Selepas mencuri perhatian Dollah,
Zuhair Aizat yang berperanan sebagai arkitek pasukann mahu terus menyakinkan
pengendali berpengalaman itu untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama,
menjelang Liga Malaysia (Liga M) 2019.
Esok, skuad Tok Gajah akan
menamatkan siri Jelajah Thailand bertemu Army United FC yang beraksi dalam Liga
2 Thailand.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 11 January 2019 @ 7:28 PM
No comments:
Post a Comment