ARKIB : 29/09/2010
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
KISAH mengenai kaum Yahudi, dalam
buku Sirah Nabawiah, yang diterjemahkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(Yadim) jelas membuktikan bahawa kaum itu tidak boleh diharapkan. Mereka
memandang Islam dengan pandangan yang penuh kebencian dan dendam kesumat.
Tidak menghairankan sehingga ke
hari ini mereka tetap begitu.
Ini kerana nabi terakhir yang
mereka tunggu-tunggu selama ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Taurat
mahupun Injil bukan daripada kalangan bangsa Yahudi tetapi berbangsa Arab.
Ini menyebabkan Yahudi tidak
dapat menerima hakikat bahawa tiada lagi nabi dari kalangan mereka. Malah, kali
ini terpaksa pula 'tunduk' kepada orang Arab.
Penulis buku itu, Al Mubarakfuri
berkata, sebab itu sukar untuk mententeramkan fahaman kebangsaan yang terlalu
menebal dan menguasai jiwa dan akal fikiran mereka.
"Sedangkan dakwah Islam pula
ialah dakwah yang bertujuan menyatukan hati-hati yang tidak sehaluan serta
memadamkan api permusuhan dan benci membenci antara satu sama lain.
"Dakwah Islam juga mengajak
kita supaya bersikap amanah dalam segenap urusan, memakan sumber yang halal dan
harta yang baik-baik sahaja," katanya.
Ini bererti kabilah-kabilah
Yahudi di Yathrib juga akan disatukan di bawah prinsip-prinsip itu.
Jika itu berjaya dilakukan
pastinya penduduk Yathrib akan terlepas juga akhirnya dari cengkaman Yahudi
apabila kaum itu tidak lagi boleh menguasai perniagaan yang tidak adil dan
amanah.
Mereka akan dihalang memiliki
harta secara keuntungan besar daripada riba yang selama ini menjadi sumber
utama mereka memperolehi kekayaan.
Malah ada kemungkinan
kabilah-kabilah Arab yang lain akan mulai sedar lalu meminta supaya dipulangkan
semula harta-harta yang diambil oleh orang Yahudi secara riba itu.
Iaitu seperti tanah dan kebun-kebun
yang sebelum ini telah jatuh ke tangan bangsa tersebut.
Namun bangsa Yahudi di awal
kehadiran Nabi Muhammad di Yathrib dikatakan telah mengambil kira kesemua
perkara tersebut sejak mereka dapati Islam mula mendapat kedudukan yang stabil
di Yathrib.
Oleh itu, mereka telah
menyembunyikan permusuhan ketat mereka terhadap Islam dan Nabi Muhammad sejak
baginda mula sampai di Yathrib.
Namun mereka tidak menzahirkan
atau menampakkan penentangan tersebut kecuali selepas baginda dan umat Islam
semakin bertapak kukuh di Yathrib sehingga dalam banyak peristiwa Yahudi
sendiri sanggup menjadi musuh dalam selimut atau duri dalam daging. Mereka
menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan musuh Islam yang sebenar, iaitu
kafir Musyrikin Mekah.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5cPANMPxJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment