ARKIB : 17/11/2010
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
berkahwin adalah antara sunah
nabi saw kepada umatnya yang berkemampuan.
DISAMPAIKAN kepada kami
(al-Bukhari) oleh Ubaid ibn Ismail yang mendengar daripada Abu Usamah daripada
Hisyam daripada ayahnya (yang bernama Urwah) yang berkata: Khadijah meninggal
dunia tiga tahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan baginda
kemudiannya menduda selama dua tahun atau mendekati dua tahun sebelum hijrah (ke
Madinah) setelah itu Siti Aishah menikah (dengan Nabi) pada umur enam tahun dan
tinggal serumah (dengan Nabi Muhammad) tatkala berumur sembilan tahun.
Hadis di atas adalah satu-satunya
hadis yang dianggap paling kuat mengenai umur sebenar Siti Aishah ketika
bernikah dengan Rasulullah s.a.w, iaitu enam tahun.
Namun hadis inilah yang
kesahihannya dipertikaikan walaupun ia dianggap muktabar kerana merupakan salah
satu hadis yang terkandung dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari.
Sebabnya, kita maklum bahawa setiap
hadis yang dikumpulkan oleh Bukhari di anggap rujukan yang paling utama dalam
Islam selepas al-Quran.
Terutama yang melibatkan soal
halal dan haram serta perintah larangan dan suruhan maka segala aspek mengenai
sanad dan perawi-perawi hadis akan diperiksa dengan ketat.
Bagaimanapun, apabila melibatkan
riwayat mengenai kisah hidup Siti Aishah terutama umurnya waktu bernikah dengan
Nabi Muhammad dikatakan hadis oleh Bukhari ini boleh disemak kembali
kesahihannya.
Ini kerana ia tidak melibatkan
soal hukum, halal atau haram maka dianggap kurang penting untuk dipastikan soal
ketepatan perawi hadis mengenai Siti Aishah ini.
Lalu ini dijadikan alasan oleh
sesetengah pihak untuk mendapatkan fakta yang sebenar di sebalik 'nikah 6' dan
'kumpul 9 tahun' - perkahwinan Ummul Mukminin dengan Rasulullah ini.
Kalau dikatakan Siti Aishah
berkahwin dengan Rasulullah pada umur enam tahun dan baginda sendiri berumur 51
tahun ketika itu, maka ini bermakna isteri baginda itu dilahirkan ketika
Rasulullah berusia 45 tahun. Iaitu lima tahun selepas baginda diangkat sebagai
Rasul, pada usia 40 tahun.
Sedangkan dikatakan ketika
baginda diangkat sebagai Rasul itu pernah disaksikan sendiri oleh Siti Aishah.
Sebabnya, beliau adalah antara
yang golongan yang paling awal memeluk Islam, iaitu menduduki tempat ke-18
sebagaimana yang dicatat oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sejarahnya Sirah An
Nabawiyyah.
Dengan lain perkataan Siti Aishah
memeluk Islam ketika usia masih kecil lagi (bukannya bernikah ketika usia yang
sangat muda).
Urutan nama-nama sahabat
Rasulullah yang awal memeluk Islam (As-Sabiqun al-Awwalun) menurut Ibnu Ishaq;
1) Ali ibn Abi Talib,
2) Abu Bakar As Siddiq,
3) Zaid ibn Haritsah,
4) Uthman bin Affan,
5) Zubair ibn Al Awwam,
6) Abdul Rahman ibn Auf,
7) Saad ibn Abi Waqas,
8) Thalhah ibn Ubaidillah,
9) Abu Ubaidah Al Jarrah,
10) Arqam ibn Al Arqam,
11) Utsman ibn Mazh'un,
12) Quddamah ibn Mazh'un,
13) Abdullah ibn Mazh'un,
14) Ubaidah ibn Harits ibn
Muththalib,
15) Said ibn Zaid,
16) Fathimah binti Umar ibn Al
Khattab,
17) Asma binti Abu Bakar,
18) Siti Aishah binti Abu Bakar.
Jadi tidak mungkin semasa
Rasulullah diangkat menjadi nabi akhir zaman, Siti Aishah belum lahir.
Malah dikatakan Siti Aishah
memeluk Islam ketika berusia tujuh tahun, satu angka yang dikatakan sesuai bagi
seorang kanak-kanak memahami soal agama dan memilih agama yang dianggapnya
benar dan boleh diikut.
Justeru apabila Aishah memeluk
Islam berusia tujuh tahun ketika Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan
menikah dengan baginda ketika baginda berusia 51 tahun ini bererti mereka
bernikah ketika Siti Aishah berusia 18 tahun (51-40>11)+7 > 18 tahun.
Ini bermakna mereka tinggal hidup
bersama sebagai suami isteri ketika Siti Aishah berusia 21 tahun ketika Rasulullah
sendiri berusia 54 tahun.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz5d2zeZVOH
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment